Apa kata satu-satunya hakim dari 5 panel yang menentang rayuan Najib ditolak


Mahkamah Persekutuan yang terletak di dalam bangunan Istana Kehakiman di Putrajaya menyaksikan keputusan majoriti (4 dari 5 panel Hakim) dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat pagi tadi. 

Anggota panel lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Ketibaan Najib

Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, lapor Bernama

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli (gambar, atas), yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.

“Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian. Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu, iaitu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram.

“Pemohon (Najib) langsung tidak didengari. Pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil. Beliau  dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan. Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

“Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata hakim itu ketika membenarkan permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan 12 tahun penjara dan denda kerana menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

Dalam penghakiman bertentangan itu, Abdul Rahman berkata panel hakim sebelum ini sepatutnya membenarkan pemohon (Najib) berhujah kepada mereka terlebih dahulu sebelum pihak pendakwaan membuat penghujahan.

"Ini tidak berlaku, pihak pendakwaan dibenarkan berhujah selama dua hari,” kata hakim itu dan menambah bahawa sabitan terhadap tertuduh harus dibatalkan kerana tiada representasi undang-undang.

Abdul Rahman berpendapat penangguhan sepatutnya diberikan, bukan untuk menyekat kes, tetapi untuk membolehkan bekas perdana menteri mencari peguam baharu.

“Pemohon (Najib) mempunyai hak untuk mendapatkan peguam. Dalam kes ini, panel terdahulu telah menafikan hak pemohon untuk mendapatkan peguam.

“Panel sebelum ini berkata ia telah memberi masa empat bulan kepada peguam Najib untuk membuat persediaan. Ini tidak benar. Empat bulan itu adalah untuk Tetuan Shafee dan Co (peguam Najib sebelum ini). Bukan untuk peguam baharunya, Hisyam. Oleh itu, permohonan semakan untuk penangguhan itu mesti diberikan," kata hakim itu.

Najib, 69, yang berada di tempat pesalah, kelihatan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan hakim.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman. Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang pada hari yang sama.

Najib kemudian memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Selain itu, beliau juga telah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada September tahun lepas.

Pada 5 Januari lepas, beliau juga memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) untuk meminta pembebasan daripada penjara atau perbicaraan semula kes SRC International yang dihadapinya berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang beliau dakwa mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...