Rakyat sedang tunggu SPRM dakwa kes LCS yang mengaitkan 3 menteri pertahanan UMNO

 Kalau kes rasuah libatkan grup Zahid Hamidi dalam UMNO dan kes libatkan pemimpin Pakatan Harapan terus disenyapkan, maka pentadbiran Anwar Ibrahim tiada bezanya dengan yang terdahulu. 

Keghairahan mendakwa seteru politik boleh membawa padah. 

Menteri Pertahanan UMNO itu ialah Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan timbalan perdana menteri sekarang Zahid Hamidi. 

MalaysiaNow melaporkan Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim (gambar, atas) memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak menggunakan pendakwaan terpilih terhadap seteru politik, susulan siri soal siasat pemimpin Perikatan Nasional (PN) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta penahanan ahli Parlimen Bersatu.

"Saya di blok backbencher menyedari, kita boleh panggil semua tokoh besar ini, menteri, mantan-mantan perdana menteri, sebab kita ada kuasa, kita eksekutif, ada kuasa. SPRM di bawah kita, PDRM di bawah kerajaan.

"Jadi saya bimbang sekiranya kalau tak diberi peringatan boleh berlaku pendakwaan yang terpilih, parti lawan kita jadi mangsa.

"Kalau ada asasnya tidak mengapa, tapi saya takut, bijak pandai dalam tradisi demokrasi menyebut, 'Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak, korupsi juga akan menjadi mutlak',” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Amaran itu dibuat ketika Wan Saiful Wan Jan dari Bersatu didakwa atas dua pertuduhan rasuah hari ini, berikutan penahanannya bersama seorang lagi anggota parti itu malam tadi.

Ini berikutan beberapa siri kenyataan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang diketuai pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan rasuah dan salah guna kuasa untuk memanfaatkan tabung parti.

Muhyiddin yang sejak itu menafikan dakwaan tersebut, berkata terdapat langkah untuk memberi tekanan kewangan ke atas gabungannya menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.

Hassan yang sebelum ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan ahli PKR berikutan kritikannya terhadap Anwar, berkata perdana menteri mempunyai kuasa yang luas, sehingga nasihatnya juga harus didengari oleh Yang di-Pertuan Agong. 

“Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak, korupsi juga akan menjadi mutlak,” katanya disambut tepukan daripada ahli Parlimen pembangkang.

“Jadi kuasa itu harus digunakan dengan cermat, jangan terburu-buru. Saya percaya tidak sia-sia Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang perlunya integriti,” tambahnya, merujuk titah Agong di Dewan Rakyat minggu lalu.

Hassan turut mengkritik tindakan Anwar melantik dirinya sebagai menteri kewangan, dan memberi amaran tentang berulangnya skandal 1MDB kerana perdana menteri mengambil alih portfolio itu.

“Eloklah kita elak daripada pengalaman negara gagal Sri Lanka.

“Selamatkanlah Malaysia,” katanya.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan