Nur Hasliza dibuai indah selama 2 jam bersama bomoh lelaki profesional

 Wartawan MalaysiaNow Nur Hasliza Mohd Salleh berkongsi pengalamannya berdampingan dengan seorang bomoh profesional selama dua jam, seperti disiarkan portal itu semalam, Isnin 23 Januari, 2023.

Profesion berprestij

Sama-sama kita ikuti cerita menarik dari Nur Hasliza yang menggambarkan aktiviti perbomohan dalam diam telahpun diiktiraf segelintir masyarakat termasuk pemimpin negara! Malah, ia mungkin layak dipanggil Industri Perbomohan. Profesion Bomoh boleh jadi setanding dengan profesion lain seperti peguam, profesor, hakim, doktor, pakar bedah, arkitek, jurutera, juruterbang, presiden parti politik dan lain-lain. 

Tanpa melengahkan masa, kita ikuti cerita menarik ini dari Nur Hasliza:

Pada pagi Ahad yang sibuk di rumah Atan (bukan nama sebenar), seawal jam 8.00 kelihatan lambakan selipar memenuhi pintu masuk rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan mewah yang baru dibuka untuk penempatan.

Kerancakan bisnes

Di luar rumah, beberapa individu sedang berkeliaran sambil merokok, berbual dan memantau anak-anak berlari selain kereta diletakkan dalam keadaan tersusun menandakan lebih ramai orang berada di dalam kediaman tersebut.

Meskipun hanya beberapa rumah sahaja yang baru dihuni di blok tersebut, suasananya tidak ubah seperti sebuah rumah sedang menyambut majlis perkahwinan atau meraikan sesuatu istimewa.

Meninjau di dalam rumah, lebih 10 orang sedang duduk bersila menunggu giliran sebelum dipanggil masuk ke sebuah bilik untuk berjumpa dengan Atan, seorang bomoh yang mempunyai pengalaman kira-kira 35 tahun dalam menyelesaikan masalah pelanggannya.

Kebanyakan pelanggan yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk pihak berkuasa dari seluruh negara.

“Saya ada ‘pendamping’,” katanya kepada Nur Hasliza yang mewakili portal berkenaan ketika memulakan bicara.

Atan menyifatkan kerjayanya sebagai pengamal perubatan alternatif sangat signifikan kepada masyarakat.

Pakar selesai masalah pesakit

Dia pernah membantu menyelesaikan pelbagai jenis kesulitan dihadapi pelanggannya seperti penyakit misteri, gangguan sihir, kehilangan barang, “badi” atau kuasa jahat dan menilik nasib.

Polis dan Bomba pun minta Bomoh selesaikan kes jenayah, kecemasan

Katanya, dia turut aktif membantu pihak berkuasa dan pasukan menyelamat dalam menyelesaikan beberapa kes jenayah dan kecemasan.

“Bila polis dah habis petunjuk atau jumpa jalan buntu, masa itu saya akan dipanggil. Awal dahulu, saya banyak terlibat secara sukarela.

“Selepas banyak tahun buat kerja ini (bomoh), mereka semakin kenal saya,” katanya ditemui wartawan MalaysiaNow itu di rumahnya baru-baru ini.

Bakat dalam bidang perbomohan

Menurut cerita Atan, dia mula mengesan “bakat” yang ada pada dirinya sebagai seorang bomoh seawal usia 14 tahun. Ketika itu, dia mendakwa dirinya mempunyai kelebihan melihat benda halus. 

Selepas itu, ibu bapanya berusaha untuk mendapatkan rawatan tradisional Islam di Terengganu selama tiga tahun.

Penat dengan rutin berulang alik dari Pasir Mas, Kelantan ke Terengganu, dia akhirnya pasrah dengan “takdir” yang menemui hidupnya.

"Dia" 

“‘Dia’ yang jadi pembantu dan panduan untuk saya merawat dan selesaikan kes-kes yang saya jumpa selama ini.”

Pada usia 19 tahun, Atan nekad untuk berhijrah ke sebuah daerah di selatan Thailand untuk berguru dengan seorang bomoh hingga usianya mencecah 24 tahun.

Di Thailand, dia banyak mengikuti gurunya mencari petunjuk kepada kes-kes jenayah seperti kehilangan individu, membuat upacara khas di lokasi kejadian kebakaran atau tragedi yang melibatkan banyak nyawa terkorban.

Dari situ dia mula belajar selok-belok menyelesaikan kes-kes berat dan membantu pihak berkuasa mendapatkan petunjuk baharu dalam siasatan mereka.

Dalam banyak kes yang dibantu, kata Atan, hampir semuanya mendapat petunjuk baharu atau jalan penyelesaian.

Selepas berpindah dari Thailand, Atan menetap di Kuala Krai, Kelantan selama lima tahun dan kemudiannya berpindah lagi ke Gambang, Pahang.

Selepas berkahwin, dia berpindah ke negeri asal isterinya yang dirahsiakan dan meneruskan perkhidmatan sebagai bomoh hingga ke hari ini.

Juara carta

“Juara carta ni kalau ikutkan kes orang hilanglah. Polis, bomba atau orang kampung cari tak jumpa. Mereka akan panggil saya. Kita pun ikhtiar beri bantuan, sebab ahli keluarga pun menangis separuh nyawa dan susah hati.

“Bila kita dah bantu sekali dan mujarab (berjaya), lepas itu apa-apa kes mereka sendiri pandai nak cari saya kat mana.”

Teknologi memudahkan kerja

Topik mengenai bomoh masih menjadi subjek terpencil di Malaysia dengan banyak kepercayaan agama dianuti rakyat negara ini menolak unsur tahyul dalam urusan seharian.

Bomoh dan networking, penggunaan aplikasi WhatsApp, Telegram

Bagaimanapun, Atan memberitahu, rangkaian “rakan-rakan” bomohnya merentasi kaum dan agama sejak awal penglibatannya mempelajari ilmu ghaib itu.

“Kami juga ada Telegram dan kumpulan WhatsApp untuk berhubung dan kadang kala kami saling bantu membantu selesaikan kes masing-masing.”

Kategori klien

Katanya, melalui komunikasi digital seperti aplikasi WhatsApp dan Telegram, mereka boleh memantau perkembangan perniagaan dan mengenal pasti jenis pelanggan seperti pelanggan tetap, pelanggan berulang dan pelanggan bawa pelanggan baharu serta pelanggan “one off”, merujuk kepada individu atau kumpulan yang dibantu oleh komuniti bomoh secara sukarela pada waktu tertentu.

Melalui perkembangan teknologi juga, dia boleh membantu mana-mana pihak dengan lebih cepat.

Rawatan melalui video, online

Misalnya, menjalankan rawatan menerusi gambar dan video yang dihantar oleh pelanggan.

Selain itu, sebaik menerima maklumat atau menonton video viral tentang sesuatu kes kecemasan, dia boleh segera bertindak tanpa perlu menunggu pihak berkuasa menghubunginya.

Menurut Atan, orang ramai mungkin tidak mempercayainya, tetapi jika dikumpulkan semua data-data yang mereka ada, masing-masing merekodkan lebih 10,000 pengikut dan pelanggan setia.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu percaya, jumlah besar itu membuktikan keterdesakan segelintir individu dalam masyarakat demi menyelesaikan setiap konflik dan permasalahan kehidupan.

Penyelesai terakhir sesuatu masalah

“Kalau bukan sebab terdesak, mereka tak akan datang mencari (bomoh). Selalunya begitulah yang saya tengok ramai pelanggan yang datang ini semua sudah tahap di hujung harapan.

“Contohnya kes kecurian harta benda, barang berharga dibeli hasil kerja keras atau peninggalan keluarga diambil orang, pelanggan jadi tak boleh tidur sebab terlalu sedih. Saya bantu.

Suami ditunduk supaya kurang memukul

“Dua tahun lepas, seorang isteri dari Labis, Johor teruk kena pukul dengan suaminya sepanjang 11 tahun berkahwin. Ibu saudara isteri bawa jumpa saya, saya bantu kurangkan baran, jadi hilang semangat nak angkat tangan kepada isteri.

“Sekarang isteri boleh hidup selesa sikit, tak ada lagi takut-takut asyik nak kena belasah saja.”

Dalam pada itu, Nur Hasliza diberi kesempatan berada di dalam bilik khas yang menjadi ruang khas untuk Atan melakukan kerjanya.

Tiba-tiba pelanggan Atan, seorang ibu dengan anak lelakinya yang tinggi dan pendiam masuk ke dalam bilik.

Si ibu mengadu kepada Atan, dia dan suami memandu kereta sejauh 200km untuk bertemu bomoh itu. 

Dia mahu Atan “melihat” potensi anak lelakinya dalam akademik memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin dekat.

Bercerita lanjut, wanita yang enggan namanya didedahkan memberitahu Atan bahawa anaknya sering kali dilihat lemah, tidak bertenaga selepas pulang dari sekolah bahkan ketika cuti juga dia hanya tidur. 

Banyak hari lain, dia mendapati anak lelakinya jadi berat hati nak ke sekolah kerana takutkan “sesuatu”.

Si ibu menjadi bimbang jika anak lelakinya itu didekati “sesuatu” yang menyebabkan dia berkelakuan sedemikian sehingga menjejaskan prestasinya di sekolah.

“Anak saya ada potensi, sekolah rendah dulu budak pandai dan disayangi guru. Tolonglah dia.”

Buang kesđŸ˜‚

Atan mengangguk faham. Kemudian mulutnya terkumat-kamit membaca mantera yang tidak langsung difahami. Sesudah itu, dia bertanya kepada remaja tersebut: “Keluar main motor boleh? Balik malam? Kau tak mengantuk main motor?”

Remaja lelaki itu hanya menggeleng kepala. Atan membaca lagi sekali manteranya dan meminta kedua-duanya keluar terlebih dahulu.

Selepas itu, Atan memalingkan muka kepada Nur Hasliza. Dia memecahkan satu rahsia: “Malas ini tak ada ubat. Jumpa dewa Bali pun balik rumah sama juga, tak jalan.

“Next (seterusnya),” laung bomoh itu.

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Olahan oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank