Rakyat menanti penuh debaran penampilan pertama Sultanah Kelantan

Rakyat Malaysia menyambut baik berita gembira dengan kesyukuran. Ini kerana mantan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari Kelantan itu dikenali sebagai insan yang taat kepada agama di samping sifat merendah diri baginda seperti rakyat biasa.

Semalam Bernama melaporkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah, sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa Selasa 2 Ogos, 2022.

Gambar yang sedang berlegar di media sosial dikatakan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah. Bagaimanapun, Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar di atas kerana belum ada penampilan rasmi setakat ini.

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, di Kota Bharu pada hari yang sama.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad; dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Ahmad berkata Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan isteri baginda Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Ahmad berkata pengisytiharan itu dibuat menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Dalam pengisythiran yang sama, Ahmad berkata Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri