Fauzi Abdul Kadir's Permadu Media's official blog.
Permadu is a brand of business and this blog is financed by Permadu Harmony Bersepadu.
Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
Kit Siang terkejut Zaid Ibrahim tukar pendirian terhadap Najib
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Malaysiakini melaporkan semalam Ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang mengakui dirinya terkejut dengan pemikiran baharu peguam terkenal, Datuk Zaid Ibrahim tentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Dalam satu kenyataan semalam, Lim berkata tidak terlintas di fikirannya bahawa Zaid mengumumkan secara terbuka bahawa dia "yakin" Najib tidak bersalah dalam urusan 1MDB.
“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.
“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib, atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya.” kata Zaid dalam video yang dimuat naik di laman Facebook.
Lim berkata perubahan pendirian Zaid, terutamanya selepas penerbitan lebih daripada 100 muka surat penghakiman oleh Hakim Azimah Omar dalam kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi terhadap dirinya adalah mengejutkan.
Penghakiman itu menimbulkan keraguan terhadap kebenaran tentang penjelasan Najib bahawa dia menerima sumbangan "derma" RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.
Sebagai peguam negara, Apandi menerima penjelasan Najib pada 2016 dan memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan. Najib akhirnya didakwa pada 2018 atas pertuduhan menyelewengkan dana RM2.6 bilion daripada 1MDB milik kerajaan.
Bagi Lim, dia tertanya-tanya bagaimana Zaid boleh berubah fikiran selepas membaca penghakiman Azimah.
Dah baca penghakiman Azimah ke belum?
“Atau adakah dia belum membaca penghakiman ini?” soal Lim.
Pada Selasa lalu, Najib memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa dia telah menggugurkan firma guaman Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mewakilinya dan sebaliknya telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguambela yang baru.
Zaid pernah menjadi ahli UMNO yang kemudiannya menyertai PKR dan seterusnya menyertai DAP. Dia meninggalkan DAP pada Mei 2020.
In one undated video clip, it was recorded that PAS president, Tan Sri Abdul Hadi Awang as clarifying that offences of corruption are not included in Hudud law. Watch Video "Corruption is not part of stealing", so it's hudud-free Don't get confused with Hadi's version of Islamic understanding, we could have misinterpreted his explanation Some people say Malays are not very particular about corruption, but... " Malays are particular about beer, khalwat and a hundred other non-halal things. They should use their self-discipline to avoid the non-halal stuff, but instead, they want the government to do it for them. So, the government willingly obliges; it makes laws that make it criminal for any sin, for their in moral lapses ," said Datuk Zaid Ibrahim. Expensive to enforce moral offences Expressing his personal views on Islamic moral offences, Zaid said: " This means you need spies to peep through doors; enforcement officers; the courts; and other g
Media reported the Malaysian Bar has filed for judicial review to challenge the decision of the Federal Territories Pardons Board (FTPB) to halve former prime minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak’s jail sentence and reduce the fine in his SRC International corruption conviction. In the application filed by solicitors Messrs Amir & Rajpal Ghat in the High Court last Friday, the Bar, which represents 22,000 lawyers practising in Peninsular Malaysia, sought a declaration that the board’s collective decision was unlawful, unconstitutional and void, according to FMT . It also requested an order of certiorari against the board to quash the FTPB’s decision. The board and Najib are named as respondents to the application. The Bar also wants a permanent injunction restraining Najib or his agents from submitting any application for pardon, reprieve or respite to the board until all criminal charges against him have been exhausted. The Bar said the injunction should remain in force
Bergabung dengan BN yang punya banyak rekod buruk sebab utama PH tak dapat laksana reformasi Dalam politik, kita sebagai rakyat biasa selalunya sukar untuk lari dari kekeliruan. Kekeliruan yang hadir dari beraneka kenyataan dan pandangan dari orang-orang politik. Amat susah untuk mempercayai kenyataan-kenyataan orang politik adalah ikhlas dan tidak bermotifkan politik. Penyudahnya, semua pandangan dan kenyataan daripada semua pihak yang bertentangan, dimasukkan ke dalam kawah kari, digaul di atas api, maka terjumpalah sehelai seluar dalam yang sudah dipakai dan tidak dibasuh, khabarnya untuk dijadikan pelaris , di dalam kawah kari itu. Video hiasan Formula ramuan itulah akhirnya menjadi makanan untuk disajikan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Artikel ini cuba bertiwikrama 😂 merayaui seluruh alam politik Malaysia di mana pancaroba yang dilalui umpama penyakit cari sendiri. Nota: Bertiwikrama adalah istilah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim pada 2 Oktober 2023 di Facebook k
ADA UNSUR PREJUDIS DALAM TULISAN FAISAL TEHRANI, SECARA JELAS MERUJUK KEPADA MUFTI PERLIS, DR MAZA WALAUPUN TIDAK MENYEBUT NAMA Motif "menculik dengan niat membunuh" dan menggunakan anggota keselamatan negara atas bidang kuasa mufti didorong keyakinan serta ketaksuban fahaman Wahabi dan Salafi yang berpusat di Arab Saudi, dengan pemikiran hanya aliran fahaman mereka sahaja yang betul. Namun, pandangan Faisal Tehrani tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Prof. Bersekutu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, secara komersial dikenali sebagai Dr. Maza, pendakwah Salafi, penulis, pensyarah dan pemikir/perunding agama Islam dari Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua sejak 2 Februari, 2015. Tempoh pertama beliau sebagai mufti Perlis dari 2006 hingga 2008. MISTERI kehilangan yang dipercayai diculik dengan niat untuk membunuh Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh dan tiga lagi personalìti berkaitan agama Islam dan Kristian masih menunggu jawapan pasti.
Memalukan kerajaan negeri Johor, kata Menteri Besar Akhbar Harian Metro semalam melaporkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Tambak Johor sebagai memalukan kerajaan negeri. Katanya, beliau telah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan menyelesaikan isu terbabit. "Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri. "Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera," katanya dalam hantaran di media sosial. Terdahulu media melaporkan CIQ BSI di Tambak Johor di Johor Bahru mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi. Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cap paspor
Media tempatan melaporkan Jabatan Penjara Malaysia menegaskan dakwaan seorang individu mengenai layanan istimewa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh adalah tidak benar serta berniat jahat. Menerusi kenyataan, jabatan itu berkata pihaknya telah meneliti wawancara individu berkenaan yang mengaku sebagai bekas banduan di penjara Sungai Buloh menerusi sebuah rakaman video di Youtube. TONTON VIDEO👇 Video dari YouTube bertarikh 3 Disember 2023. Menurut portal berita arus perdana Malaysiakini , individu itu, yang mmperkenalkan dirinya sebagai ‘Abang Mat’ antara lain mendakwa terdapat "blok VIP" di penjara untuk ahli politik, dan Anwar pernah memintanya untuk membersihkan bilik berkenaan. Menjawab perkara itu, jabatan penjara berkata, tiada bilik untuk menempatkan banduan VIP di Penjara Sungai Buloh dan mana-mana penjara lain seperti didakwa individu terbabit. "Anwar telah ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh di atas pengesyo
Tokoh kontroversi Tamrin Ghafar dipanggil polis untuk siasatan Malaysia telah menyaksikan pemimpin parti menang hanya 13 kerusi parlimen jadi PM, PM sekarang pun partinya menang kurang 30 kerusi PAS yang menang paling banyak kerusi di PRU15 hanya mampu jadi pembangkang Media melaporkan Datuk Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar ( dua gambar di atas ), anak bekas timbalan perdana menteri akan disoal siasat polis Selasa depan berhubung catatan di blognya yang meramalkan penguasaan DAP terhadap politik Malaysia pada masa hadapan. “Tamrin dijadual memberikan keterangannya kepada polis pada 16 April jam 10.30 pagi,” kata peguam Tamrin Encik Rafique Rashid Ali kepada Free Malaysia Today , seperti dipetik portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini . Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba Tamrin merupakan anak kepada Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba. Dalam catatan di blog Tamrin bertarikh 4 April, beliau berkata semua orang Melayu dan raja-raja Melayu mesti sedar bahawa malapetaka akan menimpa
Berpadu dalam kerajaan perpaduan, hentam tetap hentam Dr Mohd Puad Zarkashi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Rafizi Ramli dilihat tidak melakukan sebarang langkah signifikan untuk meningkatkan ekonomi negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi. Rafizi Ramli Atas sebab itu, katanya, kini timbul spekulasi mengenai rombakan kabinet yang akan berlaku. “Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara. Sekurang kurangnya polisi baru ekonomi rakyat. “Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa-biasa. Mesti luar biasa. “Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet, " Malaysiakini memetik Puad sebagai menulis dalam satu hantaran di Facebook semalam. Mengulas lanjut, katanya, seseorang m enteri mesti “luar biasa” untuk mempertahankan kerajaan perpaduan. “Bila jadi menteri t
Comments
Post a Comment