Fauzi Abdul Kadir's Permadu Group of Businesses' official blog. Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
PM pakai baju RM7,000 tak faham rakyat susah
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Malaysiakini melaporkan Pengerusi Biro Pengguna Amanah, Faiz Fadzil menyelar agihan bantuan kerajaan yang menurutnya mengetepikan 40 peratus kumpulan berpendapatan sederhana (M40).
Faiz Fadzil
Dalam kenyataan hari ini, Faiz menyindir Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai “PM yang memakai baju berharga RM7,000” yang tidak memahami kesusahan rakyat.
Ismail Sabri Yaakob
Katanya, golongan M40 di bandar terbeban dengan kos hidup lebih tinggi walaupun mempunyai lebih pendapatan berbanding golongan 40 peratus termiskin (B40).
“Mengikut logik kerajaan, isirumah M40 ini tidak layak untuk menerima bantuan tunai.
“Apakah golongan M40 seperti ini harus dianaktirikan?” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Faiz menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “PM yang memakai baju berharga RM7,000” yang tidak memahami kesusahan rakyat.
Sementara itu, katanya, dianggarkan lebih 600,000 orang golongan M40 tergelincir ke dalam kategori B40.
“Oleh itu, kerajaan digesa agar bantuan yang menggantikan subsidi ditambah dan kerajaan perlu mengkaji pengenalan sistem baucar makanan digital menerusi kad pengenalan kepada isi rumah M40 bawahan,” katanya.
Berkaitan bantuan kepada B40 pula, katanya, ia tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa.
“Perdana Menteri Ismail Sabri hanya umumkan bantuan tunai RM50/RM100 kepada rakyat miskin.
“Bayangkan, isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,501 dan tiga orang anak hanya akan diberikan bantuan tambahan RM100 beserta BKM RM100 lagi pada bulan Jun.
“Adakah ini mencukupi?” katanya.
Dia juga mencadangkan jumlah bantuan berbeza mengikut kawasan kerana kos hidup mereka tidak sama.
“Tidak logik jika isi rumah di Kampung Baru, KL menerima bantuan RM100 sama seperti isi rumah di Marang, Terengganu.
“Ini adalah kerana impak inflasi berbeza mengikut lokaliti,” katanya.Dia menambah adalah tidak logik jika isi rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur menerima bantuan RM100 sama seperti isi rumah di Marang, Terengganu kerana impak inflasi berbeza mengikut lokaliti.
Dia juga menggesa kerajaan mengamalkan pengurusan fiskal lebih efisien tanpa ketirisan, termasuk memastikan subsidi sampai ke golongan yang memerlukan.
“Di samping itu, bantuan yang diberikan harus mengambil kira saiz tanggungan dan kawasan yang didiami supaya lebih ramai rakyat dibantu berhadapan kos sara hidup yang menggila ini," katanya.
What Mahathir expected did not happen Initially, Mahathir Mohamad thought his party – PPBM (Bersatu) – could morph into a new version of UMNO. After all, it was him who brilliantly destroyed the original UMNO in 1988 and created “UMNO Baru” (the current UMNO version 2.0). But unlike in 1988, Mr. Mahathir had quit UMNO to form PPBM on 8 September 2016, and was no longer in charge of UMNO. UMNO won four times higher than Bersatu in GE14 Hence, after he leveraged on opposition Pakatan Harapan and stunningly defeated the scandal-plagued Najib government, his first priority was recruiting UMNO MPs to join his party. UMNO, although lost miserably, still won 54 parliamentary seats in the May 2018 General Election – more than 4 times the number of seats Mahathir’s party managed to capture. PPBM the worst among four strategic parties Mahathir’s party won only 13 seats out of the 52 Parliamentary seats it contested in the 2018 poll. That’s ...
Kehilangan Anita terus jadi misteri Hanya andaian tanpa dapat disahkan kebenarannya Sekadar mengimbas rekod perkahwinan Anita Sarawak TAK boleh dinafikan, bahawa setiap orang menginginkan pernikahan hanya terjadi sekali dalam seumur hidupnya. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Penyanyi legenda yang sudah lama menghilang dari radar hiburan, pemilik nama sebenar Ithnaini binti Mohamed Taib atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak sudah ditakdirkan untuk beberapa kali bernikah sampai akhirnya benar-benar bertemu dengan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya. Ya, jodoh memang selalu tak diketahui manusia. Rindu akan senyuman dan aksi lincahnya di pentas, kami mahu kongsikan kisah suka duka Anita dalam percintaan dan penikahan sepanjang dalam hidupnya. Mohamed Abdul Samad Kali pertama Anita berkahwin ialah dengan pemuzik dari Singapura, Mohamed Abdul Samad pada ...
Shah Alam City YESTERDAY, FMT reported that the capital city of Selangor had become very quiet, slow and almost no business, many buildings unoccupied, which one of them only utilised by less than ten staff of a company. Some factories closed down, businesses from petty traders to big timers closed shops for the past six months and so on. Even foreign business people from Indonesia and Pakistan decided to go back to their respective countries or moved to other places. A prominent business analyst, in his blog wrote that one of the reasons for the downfall of Shah Alam was the government's policy in overconcentrating a Malay population in the said city. Syed Albar Ali also suggested other reasons as well. Below is the write-up as published by OutSyed The Box on 30 January 2020. Syed Akbar Ali's comments : Just the other day Forest City announced 400 staff were being let go. Could it be because things are not so great anymore? D...
Fauziah Ahmad Daud, Ogy SELEPAS gagal mendapatkan pinjaman bank, penerbit teater Korupsi Dewan Semandung , Ogy Ahmad Daud , kini beralih arah mencari sumber kewangan bagi membayar gaji pelakonnya yang masih belum dilunaskan, demikian menurut laporan Malaysiakini , yang memetik laporan Berita Harian . Caranya, Ogy - atau nama sebenarnya Fauziah - gigih memasarkan pes kari milik keluarganya turun-temurun. Dan dia menerima 'rahsia' ramuan tersebut daripada arwah bapanya yang juga seorang penyanyi terkenal. "Alhamdulillah, untuk hari pertama semalam, saya menjual kira-kira 100 balang," katanya seperti dipetik BH Online hari ini. Sebelum ini, isu bayaran upah menjayakan teater Korupsi Dewan Semandung dibangkitkan seorang demi seorang pelakon dan kru produksi tersebut. Korupsi Dewan Semandung itu dipentaskan di Istana Budaya pada Februari lalu turut menampilkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin . Mereka mendakwa, syarikat Ogy Ventures & ...
Lebih kurang UMNO juga Satu demi satu isu mencurigakan berlaku di Selangor. Pada mulanya Pakatan Harapan (PH) disangka akan membuat pembaharuan. Rupanya lebih kurang UMNO juga. Jika UMNO sudah dihukum rakyat di Selangor, maka sudah tiba giliran PH pula. Seperti tajuk di atas, isu Stadium Shah Alam, suami Menteri DAP Puan Hannah Yeoh dapat kontrak, kontroversi pemilik syarikat parkir, dan terkini kontroversi ladang babi dijangka akan menjadi faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang. Semalam, MalaysiaGazette melaporkan b ekas Ketua Penerangan UMNO Selangor Encik Isham Jalil menyarankan Menteri Besar Selangor, para Exco Kerajaan Negeri dan penyokongnya supaya berpindah ke Bukit Tagar, kawasan berdekatan ladang babi yang menimbulkan kontroversi. Dengan tindakan berkenaan, barulah kepimpinan Selangor akan memahami bantahan penduduk Selangor terhadap cadangan untuk menjadikan negeri berkenaan sebagai pengeksport babi terbesar ke Singapura. “ Selepas itu b...
Kalau kita nak tackle perempuan Melayu tetapi cinta kita ditolak, maka kita harus menghadapi kenyataan ini dengan tenang dan penuh istiqamah, pasrah lagi bertawakkal. Terimalah ia sebagai ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Perempuan itu memilih lelaki Rohingya atas penilaiannya sendiri. Mungkin dia terpikat dari aspek kegagahan, ketulusan cinta, keromantikan, kekacakan dan ke-handsome-an yang luar biasa keistimewaannya serta berbagai ciri-ciri lain yang tiada pada lelaki Melayu. Janganlah kita mengutuk takdir yang menentukan. Ia tidak akan merubah hati perempuan itu yang telah terkunci di dalam hati seorang jejaka Rohingya. Lagipun, sedarilah. Angkara pihak berkuasa yang mengelirukan, kita orang Melayu sudah menjadi warga kelas tiga yang menumpang dalam negara sendiri. Standard kita setakat menjadi penerima bantuan kerajaan sahaja. Semua orang luar seolah-olah bebas memasuki negara ini. Kita bukan siapa-siapa. Dalam satu hantaran penuh emosi semalam, akaun Facebook Fri...
Bukan Raja Biasa: Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Raja Permaisuri Agong Malaysia Flashback November 2019 Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian wargamaya apabila mendedahkan lesen memandunya yang telah tamat tempoh. Menerusi laman sosial Twitter, Tuanku berkongsi satu kicauan bersama foto lesen memandunya yang tertera kelas B, D dan E. “Alamak…. Lesen mati!” tulis Tuanku ringkas menerusi satu kicauan. Kelas B merupakan lesen bagi motosikal melebihi 500 cc (B Full) manakala kelas E adalah lesen bagi motokar berat melebihi 7500 kg (Lori). Hasil tinjauan, rata-rata netizen teruja apabila mengetahui Raja Permaisuri Agong mempunyai lesen lori dan motosikal berkuasa tinggi. Malah, Tuanku sempat berjenaka apabila menjawab salah satu kicauan daripada wargamaya yang memberitahu Tuanku lupa untuk memohon lesen bagi mesin rumput. Perkongsian daripada wargamaya itu telah menerima hampir 10,0...
Seorang penulis politik yang merupakan penyokong tegar bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional, semalam mendakwa pihak kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganugerahkan beberapa kontrak bernilai RM178 juta kepada adik bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dua bulan lalu, iaitu pada Mei 2026. Penulis berkenaan, Datuk Eric Lim Sian See seterusnya menyindir Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook yang kelihatan berdiam diri, lalu mencabar Loke supaya mengulas mengenai perkara kontroversi itu. "Ah Loke mahu komen kenapa beri kontrak RM178 juta kepada adik Azam Baki dua bulan lalu pada Mei 2026 tak?" soal Eric kepada Anthony Loke dalam satu hantaran di Facebook semalam. "Dulu turun jalan raya suruh tangkap. Sekarang sambung kontrak dan bagi kontrak." Tambahnya, dahulu sebelum menjadi kerajaan, Anwar dan penyokongnya turun mendesak Azam Baki b...
Penyelesaian terbaik untuk kemelut politik Malaysia. Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 (2020-2023) Lim Kit Siang, Ahli Parlimen (DAP) Iskandar Puteri, Negeri Johor Gambar dari NST SAYA orang Melayu. Saya penganut agama Islam. Saya sayangkan bangsa Melayu. Saya juga sangat mencintai agama suci yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan saya bersaksi Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Atas dasar inilah saya mengemukakan cadangan yang mungkin tidak disenangi ramai orang Melayu yang beragama Islam, majoriti penduduk Malaysia. Suka atau tidak, orang Melayu yang layak mengundi merupakan kuasa penentu pemerintahan. Apa pun, negara ini tetap diketuai oleh ketua bukan eksekutif (yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu), iaitu Yang di-Pertuan Agong. Cadangan ini adalah satu cadangan yang serius. Bukan kerana kecewa dan bukan juga untuk menguji pasaran (test market). Ianya semata-mata untuk kebaik...
Comments
Post a Comment