Bekas ADUN Larkin pula tinggalkan Bersatu

Seorang lagi bekas wakil rakyat Bersatu mengumumkan langkahnya meninggalkan parti itu dan memberi alasan hilang keyakinan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin) sebagai punca mengambil tindakan tersebut.

Datuk Mohd Izhar Ahmad (gambar atas) yang sebelum ini menjadi ADUN Larkin, Johor Bahru, mengumumkan hal itu melalui sidang media di Johor Bahru sebentar tadi.

Beliau juga memberitahu tidak akan mempertahankan kerusi Larkin atau mana-mana kerusi lain dalam PRN akan datang.

“Tindakan ini terpaksa saya ambil dengan berat hati setelah parti yang saya dukungi selama ini hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama Mohd Izhar menggesa pengundi Johor agar memberikan sokongan mereka kepada BN bagi memastikan kestabilan kerajaan selepas ini.

Untuk rekod dalam PRU ke-14 lalu Mohd Izhar memenangi kerusi Larkin dengan majoriti undi yang meyakinkan iaitu 8,590 mengatasi dua pencabar iaitu Yahya Ja'afar dari BN dan Zakiah Tukirin (PAS).

Bagaimanapun beliau ketika itu bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mohd Izhar, pada pandangannya Muhyiddin bukan saja gagal membawa Bersatu ke tahap yang lebih baik malah tidak berusaha memulihkan parti berkenaan selepas ia berpisah daripada kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang berlaku itu, katanya, bukan saja merencatkan perkembangan parti malah menjejaskan idealism perjuangan mereka, sekali gus memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

"Dalam kata lain, antara faktor utama saya meninggalkan Bersatu ialah kerana hilang kepercayaan kepada presiden," katanya.

Mohd Izhar yang sebelum ini menjadi Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor menambah, dia yakin BN perlu diberi laluan untuk menjadi kerajaan.

"Atas kesedaran dan keinsafan ini juga saya akan terus membantu UMNO untuk kembali ke landskap asal, yang lebih baik dan untuk bersama-sama rakyat memperjuangkan agenda orang Melayu Islam dan keseluruhan rakyat negeri Johor," katanya.


End©Permadu


Disediakan oleh Nazura Othman
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again