Kekayaan Raja Thailand timbulkan kemarahan rakyat di negara itu
Raja Thailand dan permaisuriMENURUT laporan CEOWorld Magazine, raja terkaya di dunia pada masa ini ialah raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn.
Laporan itu menyatakan kekayaan peribadi baginda dianggarkan antara US$30 bilion (RM125 bilion) hingga US$43 bilion (RM179 bilion).
Raja Maha Vajiralongkorn, raja Thailand
Sebagai perbandingan, Sultan Hasanal Bolkiah, raja negara Brunei, memiliki kekayaan peribadi bernilai US$28 bilion (RM116 bilion).
Suatu ketika dahulu, terutama pada tahun-tahun 70an dan 80an, Sultan di sebuah negara kecil yang dilimpahi hasil minyak itu pernah dinilai sebagai orang paling kaya di dunia.
Sultan Hasanal Bolkiah, raja Brunei
Raja di sebuah lagi negara kaya hasil minyak iaitu Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, memiliki kekayaan sebanyak US$18 bilion (RM75 bilion).
Financial Times melaporkan kekayaan Vajiralongkorn diperolehi dari warisan selepas menaiki takhta pada bulan Disember 2016, apabila Biro Harta Diraja Thailand memindahkan keseluruhan portfolio tersebut kepada baginda.
Harta diraja yang dilaporkan bernilai puluhan bilion dolar Amerika, sebelum ini disimpan atas nama diraja bagi pihak monarki.
Keresahan dan tunjuk perasaan yang secara berterusan sedang melanda Thailand akhir-akhir ini telah menonjolkan serta menarik perhatian rakyat tentang kekayaan peribadi Raja Vajiralongkorn.
Para penentang bertanya dengan lantang bagaimana wang pembayar cukai boleh dimasukkan ke akaun bank peribadi baginda.
Olahan semula dari laporan Bahasa Inggeris yang disiarkan Rojak Daily, Astro Digital Publications. Gambar-gambar dari Rojak Daily.
oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
Penasihat dan Perunding Editorial
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic
Comments
Post a Comment