POTENSI AZMIN MASUK PENJARA CERAH KALAU ANWAR JADI PM

Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berstatus Menteri Kanan (Gambar ihsan dari FMT)
WALAUPUN semakin ramai orang kurang yakin dengan dakwaan presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beliau sudah mempunyai sokongan majoriti selesa hampir dua pertiga di parlimen — membolehkan beliau membentuk kerajaan Malaysia yang baharu, ini tidak bermakna ahli parlimen Port Dickson itu tidak mempunyai peluang sama sekali untuk menggantikan perdana menteri sedia ada, Muhyiddin Yassin.

Kita sedia maklum, dalam suasana Politik Kelas Kambing yang sedang menular di Malaysia, seseorang ahli parlimen boleh menafikan di hadapan media. Tetapi di masa dan lokasi berlainan, orang yang sama boleh membuat pengakuan yang berbeza.

Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail (Gambar ihsan dari Malaysiakini)


Anwar Ibrahim tidak akan begitu yakin mengadakan sidang media pada Rabu 23 September 2020 di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur memaklumkan beliau menerima sokongan majoriti dari sebahagian ahli-ahli parlimen yang berjumlah 222 orang itu sekiranya dirinya tidak menerima pengakuan sokongan yang diperlukan.

Bekas banduan kes liwat dengan Saiful Bukhary Azlan yang mendapat pengampunan diraja itu juga tidak akan begitu berani menyatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tumbang lantaran lompatan sokongan yang beliau terima, sekiranya beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian.

Betul atau tidak adalah isu yang berbeza.

Suatu perkara yang menarik untuk diperhatikan ialah apa akan terjadi kepada bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali jika Anwar Ibrahim benar-benar berjaya menjadi perdana menteri.

Adakah bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kabinet Dr Mahathir Mohamad di era 22 bulan Pakatan Harapan (PH) itu boleh tidur dengan lena? Adakah beliau yang kini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sudah menyediakan Pelan B? Adakah Muhyiddin Yassin akan terus melindunginya dengan mengusahakan sesuatu apabila ahli parlimen Pagoh itu tidak lagi memegang jawatan nombor satu? Semua ini mungkin sedang bermain dalam benak fikiran bekas menteri besar Selangor itu.

Sayugia diingatkan, apabila Politik Kelas Kambing menjadi normal baharu, satu demi satu perkara aneh boleh berlaku.

Semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi PM7, Azmin Ali memang selesa dan kelihatan cemerlang. Ada andaian mengatakan Dr Mahathir sengaja menaikkan Azmin untuk melemah dan memecah-belahkan PKR di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Permainan Dr Mahathir yang nampak tidak ikhlas dengan Anwar Ibrahim tidaklah begitu menguntungkan dirinya sendiri. Walaupun mendapat lesen Up To Me bila nak letak jawatan PM dari pimpinan tertinggi PH, akhirnya PH tumbang juga dan diambil-alih PN dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong menobatkan Muhyiddin Yassin sebagai PM8.
Azmin dan rakan-rakan sekutu ahli parlimen PKR secara terancang menyertai PN dan melompat masuk ke dalam Bersatu.

Dr Mahathir yang menatang Azmin bagai minyak yang penuh, ditinggalkan begitu sahaja. Tetapi khabarnya, mereka masih akrab. Malah ini menguatkan lagi andaian Dr Mahathir adalah orang di balik tabir penubuhan PH. Cuma mengikut pelan asal, yang sepatutnya jadi PM8 ialah Mahathir, bukan Muhyiddin.

Keakraban Mahathir dengan Azmin memang ada logiknya. Kalau kita pernah dengar Azmin berkata Anwar gila, tidak pernah pula kita dengar Azmin mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir.

Jadi, kalau Anwar berjaya jadi PM, Azmin memang habis. Habis sehabis-habisnya. Maka sudah tentulah Azmin sedang berusaha melepasi daya mampu untuk memastikan supaya Anwar tidak akan berjaya menjadi PM.

Dengan andaian Polis dan SPRM akan terus berada di bawah kawalan politik, ada banyak cara Anwar boleh lakukan kalau dia jadi PM. 

Kalau kes rasuah, memang boleh dikorek gali meskipun setakat ini Azmin belum pernah dipanggil SPRM. Tapi persoalan timbul mengenai isu Azmin mengagih-agihkan projek kepada para ahli parlimen PAS dan UMNO semasa berkumpul curiga tanpa motif jelas di kediamannya semasa beliau dalam PH.

Tapi ada cara lebih mudah Anwar boleh buat. Tak lain tak bukan kes video liwat lelaki berwajah mirip Azmin di sebuah hotel di Sandakan, Sabah lebih kurang setahun yang lalu. Pasangan pelakon yang bernama Haziq, sudah pun mengaku dan mengadu serta disoal-siasat Polis.

Alasan gambar lelaki mirip Azmin dalam video tersebut kabur dan tidak dapat dikenal pasti menyebabkan kes tersebut tidak dapat diteruskan.

Tapi, kalau Anwar sudah berjaya menjadi PM, tidak mustahil gambar yang kabur akan bertukar menjadi terang benderang lagi bersuluh. 

Perlakuan liwat adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Seperti tajuk rencana ini, potensi Azmin masuk penjara cerah kalau Anwar jadi PM.

Itupun, jika Anwar berjaya jadi PM.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media 
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV







Comments

  1. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:

    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola

    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    Whatsapp :: +1 (409) 213 4322 Or +1(386)628 3904

    Message FEMI OTEDOLA LOAN FIRM on WhatsApp. https://wa.me/message/U66T6MKSGDRCK1

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar