ULAMAK PAS BERCINTA BERUNSUR LUCAH MELALUI WHATSAPP?

Ulamak PAS berkenaan secara tiba-tiba mendakwa talian telefonnya diguna orang lain manakala penyampai cerita semakin berjaya meyakinkan orang ramai


Al Ustaz Tuan Guru Mokhtar Senik

BEBERAPA tahun lalu, ahli jawatankuasa pusat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini pernah dikaitkan dengan jalinan percintaan berunsur lucah melalui whatsapp, namun ianya menjadi sunyi sepi akhirnya. Mungkin kerana pihak yang mendakwa kekurangan fakta untuk membuktikan yang benar-benar melakukannya ialah Al-Ustaz Tuan Guru Mokhtar Senik.

Gambar Vellfire dan nombor telefon ulama PAS tiba-tiba tular
Telefon bimbit dan kereta mewah Toyota Vellfire dipercayai milik ulamak PAS Mokhtar Senik

Lagipun, tak mungkin seorang yang warak dan salah seorang agamawan tersohor berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama boleh melakukan perbuatan tidak senonoh.

Dan isu ini secara tiba-tiba muncul semula. Secara tiba-tiba juga ulamak ini mendakwa ada pihak lain menggunakan nombor telefon beliau.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mokhtar Senik, turut menasihatkan orang ramai berhati-hati terhadap penyalahgunaan nombor telefon masing-masing oleh pihak lain.

Ustaz Mokhtar mendedahkan beliau sendiri menjadi mangsa dan mendakwa terdapat pihak menggunakan nombor telefonnya tanpa sedar.

Katanya, perkara itu menyebabkan dia terpaksa menyekat dan menggunakan nombor telefon lain.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Memandangkan nombor lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar, maka saya berpindah ke nombor lain.

“Boleh jadi ada sahabat-sahabat yang call atau mesej atau Whatsapp ke nombor lama, pasti tidak ada yang menjawab. Kerana nombor itu telah saya block sepenuhnya,” katanya.

Menulis di Facebook, beliau berkata akan memaklumkan nombor telefon baru selepas ini.

“Sebelum ini saya banyak guna wifi sahaja untuk Whatsapp. Insya-Allah kita ketemu nanti,” katanya.

Mokhtar juga berkongsi rakaman video bagaimana akaun seseorang itu boleh dipautkan ke profil Facebook orang lain.

“Di bawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati-hati. Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi di luar sana,” katanya.



oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV









Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim