PEMUDA UMNO CADANG PRU15 SEGERA JIKA...

Politik tidak siuman, kata Puad Zarkashi

PERGERAKAN Pemuda Umno meletakkan tiga petanda untuk mewajarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata PRU15 harus menjadi pilihan terakhir jika beberapa senario dan faktor tersebut tidak dapat dibendung lagi.  

Tiga perkara yang dimaksudkan beliau ialah usaha membeli wakil rakyat oleh pihak pembangkang, majoriti tipis dan kegagalan PN menepis persepsi dimainkan PH iaitu 'kerajaan tanpa mandat'.

"Kedudukan kerajaan yang rapuh dengan majoriti yang amat kecil membuka ruang spekulasi dan permainan persepsi sebagaimana yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim yang kononnya sudah memperolehi 129 sokongan ahli Parlimen.

"Kerajaan yang berterusan ditohmah dan dipersepsikan PH sebagai ‘kerajaan tanpa mandat rakyat’ akan menghakis keyakinan komuniti pelaburan dalam dan luar negara, sekali gus menyukarkan usaha memulihkan ekonomi negara, malah merencatkan perlaksanaan dasar-dasar penting untuk rakyat.

"Sekiranya ketiga-tiga faktor di atas tidak dapat dikekang dan dibendung lagi, kerajaan hakikatnya tidak banyak pilihan kecuali menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang membela nasib mereka dan bukannya sekadar sibuk berebut kuasa," Asyraf Wajdi Dusuki dipetik Malaysiakini sebagai berkata.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut jejak Singapura membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Mohamad Hasan, timbalan presiden UMNO

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengembalikan kestabilan politik negara supaya kerajaan yang dibentuk kelak akan mendapat mandat yang baik dan diyakini.

"Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah," tulis Mohamad dalam satu hantaran di Facebooknya.

Puad Zarkashi, ahli majlis tertinggi UMNO

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi menyokong saranan Mohamad supaya Malaysia ikut jejak Singapura dengan membubarkan Parlimen dan diadakan pilihan raya mengejut.

Jelasnya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan kerana PH sudah mengeluarkan untuk membawa usul undi tidak percaya dalam sidang Parlimen akan datang.

"Kerajaan pusat dan negeri boleh bertukar hanya melalui wayang politik dan beli membeli wakil rakyat. Dengan cara baru ini, kerajaan boleh bertukar dalam masa singkat hatta satu hari.

"Ini tidak baik dan ia tidak ada pengakhiran hingga ada pihak yang sanggup menjadi perdana menteri hanya untuk enam bulan.

"Kesiuman politik sudah tidak ada. Bagaimana negara mahu bergerak ke hadapan terutama dalam menangani cabaran pasca Covid-19," katanya.


oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV










Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim