TERKINI: ANWAR BERI LALUAN KEPADA MAHATHIR


PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim hari ini disahkan memberi laluan kepada Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi calon berprospek tinggi jawatan perdana menteri ke-8 untuk pertimbangan ke bawah duli, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setakat jam 12.00 tengahari hari ini.

Demikian menurut pengemaskinian Malaysiakini.

Beberapa pemimpin PH juga kelihatan telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada Istana Negara.

Selain sokongan padu tiga parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PKR, DAP dan Amanah, Mahathir dijangka mendapat sokongan dari sejumlah tertentu ahli parlimen UMNO (yang tidak memihak kepada kumpulan Ahmad Zahid Hamidi), Bersatu dan PAS.

Dr Mahathir juga dijangka mendapat sokongan dari gabungan GPS Sarawak dan Warisan Sabah di bawah pimpinan Shafie Apdal.

Sifat berlapang dada Anwar Ibrahim ini dipercayai disebabkan beliau menyedari perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk kelangsungan asas pentadbiran Pakatan Harapan yang mendapat mandat dari rakyat menerusi PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Anwar juga mungkin percaya beliau sendiri tidak mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sebagai perdana menteri.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again