DAP KUTUK KRISIS POLITIK PALSU

Lim Kit Siang

CALON jawatan perdana menteri yang tidak diketengahkan, Lim Kit Siang mengutuk pihak yang merancang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana ia dibuat ketika negara berdepan wabak Covid-19.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu hari ini berkata, pihak terbabit sangat tidak bertanggungjawab.
Walaupun tidak menyebut nama, Lim dipercayai merujuk kepada Mohamed Azmin Ali dan rakan-rakan dalam PKR, Muhyiddin Yassin dan Bersatu, tidak terkecuali mungkin juga perdana menteri interim lantikan Yang di-Pertuan Agong Dr Mahathir Mohamad.
"Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus memberi amaran bahawa wabak koronavirus mencapai titik kritikal dan mempunyai potensi menjadi wabak meluas ketika seluruh dunia bergelut untuk mencegah penyebarannya," kata Lim.
Veteran DAP itu menambah krisis politik "palsu" sekarang mesti diselesaikan secepat mungkin dan pihak yang terlibat mesti dikutuk semua rakyat.
"Negara tidak boleh dijadikan objek tebusan oleh pemimpin politik tidak bertanggungjawab yang sanggup merisikokan negara hanya untuk mencapai keinginan dalam permainan mereka," katanya yang turut menggesa kerajaan PH dikembalikan sebagai pentadbir.
Kerajaan Harapan rebah apabila Mohamed Azmin Ali dan rakan-rakan melancar cubaan "merampas kuasa" untuk Dr Mahathir melalui 'Gerakan Sheraton' di Petaling Jaya pada 23 Februari 2020.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azìzah

Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berjaya setelah tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja Melayu

Walaupun 'krisis politik palsu' ini sudah berlanjutan selama enam hari, para penganalisis melihat Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sedang menggunakan kebijaksanaan baginda mengikut Perlembagaan Persekutuan bersama Raja-Raja Melayu yang lain bagi menyelesaikan kemelut ini.

oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again