GAJI ISTERI PM SINGAPURA HAMPIR RM1 JUTA SEHARI
![]() |
Ho Ching, CEO Temasek Holdings, yang juga isteri perdana menteri Lee Hsien Loong |
SALAH seorang wanita paling jelita di Singapura, iaitu isteri kepada perdana menteri Lee Hsien Loong, adalah ketua pegawai eksekutif (CEO) Temasek Holdings, sebuah entiti gergasi penyimpan dan pelabur kekayaan negara.
Sebagai perbandingan, jika di Malaysia, Temasek Holdings adalah seperti Khazanah Nasional, yang kini pengerusinya adalah perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Untuk rekod, undang-undang Singapura tidak menghalang isteri perdana menteri memegang jawatan ketua eksekutif firma milik pemerintah.
Seorang lagi anak lelaki pengasas Singapura Lee Kuan Yew yang bernama Lee Hsien Yang, mempersoalkan mengapa Temasek Holdings menyembunyikan gaji CEO khazanah itu di penyata tahunannya yang diterbitkan pada Julai tahun ini.
"Apa yang hendak dirahsiakan sangat?" tulis adik lelaki PM Lee itu yang membuat hantaran di Facebook atas rasa tidak puas hati gaji CEO tidak didedahkan, sehari selepas penyata tahunan Temasek dikeluarkan.
Atas dasar ketelusan, Hsien Yang menggesa Temasek menyediakan maklumat gaji CEO meskipun firma itu tidak diwajibkan berbuat demikian di bawah Akta Syarikat Singapura.
Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman, sebuah laman berita Singapura, The Independent menganggarkan Ho Ching menerima gaji sebanyak Dollar Singapura S$300,000.00 (Ringgit Malaysia RM940,000.00) sehari atau hampir RM26 juta sebulan, mengikut kiraan 26 hari bekerja.
Ho Ching yang tidak menyentuh langsung tentang kontroversi gaji beliau sendiri, sebaliknya, dalam satu hantaran Facebook pada Rabu 21 Ogos 2019, mempertahankan gaji perdana menteri Singapura, iaitu suaminya Lee Hsien Loong.
![]() |
Lee Hsien Loong, perdana menteri Singapura ...anak lelaki sulung Lee Kuan Yew |
Laman sesawang pemerintah Singapura menyatakan PM Lee menerima gaji tahunan sebanyak US$1.6 juta (S$2.2 juta) atau RM6.7 juta, termasuk bonus.
Barisan menteri kabinet juga menerima gaji lumayan atas dasar tidak berpeluang untuk mengamalkan rasuah atau salah guna kuasa.
Sebelum 2011, gaji tahunan perdana menteri adalah lebih tinggi iaitu sebanyak S$5.2 juta manakala Presiden Singapura menerima S$5.5 juta.
Bagaimanapun, jumlah tersebut dikurangkan setelah pemerintah mengambil kira kritikan awam kerana jarak yang terlalu jauh berbanding pendapatan rakyat keseluruhannya.
Ho Ching berhujah sistem gaji negara Singapura adalah berbeza kerana perdana menteri tidak mendapat apa-apa keistimewaan dalam tugas, tiada pencen serta tidak menerima sebarang faedah atau imbuhan selepas tamat perkhidmatan.
Beliau menulis di Facebook sebagai menjawab tulisan sebuah artikel di blog laman sesawang tempatan Seedly, yang membandingkan gaji Lee dengan gaji Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam dan lain-lain.
DI MALAYSIA, KALAU ROSMAH MANSOR JADI CEO KHAZANAH NASIONAL SEMASA NAJIB RAZAK JADI PM, MESTI RAMAI YANG MEMBANTAH, MALAH MUNGKIN BERDEMO DI DATARAN MERDEKA - Permadu Malaysia
Sumber Berìta
Bloomberg, South China Morning Post
Comments
Post a Comment