PENYANYI HASNOL DILAPOR 'HILANG'

BERITA HIBURAN MALAYSIA
Penyanyi popular era 90an dijangka membuat kemunculan semula

Penyanyi Hasnol

PENYANYI Hasnol sangat popular pada era 90an menerusi lagu Laguku Untukmu ciptaan komposer berprofil tinggi Allahyarham Adnan Haji Abu Hassan, lirik pula ditulis Hasnol sendiri yang menggunakan nama samaran Anoe.


Hasnol dijangka membuat kemunculan semula tidak lama lagi dengan lagu terbaru, Hilang


Lagu Hilang adalah hasil ciptaan bersama Tony Iskandar (Spider) dan Hasnol sendiri. Lirik lagu ini juga hasil karya Hasnol bersama Tony Iskandar (Spider).


Lagu irama perlahan dan sentimental ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan kerana ianya sungguh menarik apabila dihayati, susunan muzik yang baik dan liriknya yang membawa erti mendalam, samada tersurat mahupun tersirat.


Sebagai promosi awal, Hasnol memberi kebenaran eksklusif kepada Permadu Harmony untuk menyiarkan klip video lagu ini.

Klip video lagu Hilang nyanyian Hasnol

Lagu Hilang ini juga akan menjadi pengubat kerinduan kepada ramai peminat Hasnol di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Timor Leste dan serata Nusantara.

Lagu nyanyian Hasnol Laguku Untukmu yang sangat popular di tahun-tahun 90an terus berkumandang di kebanyakan stesen radio di negara-negara berkenaan sehingga kini.

Laguku Untukmu superhit 90an nyanyian Hasnol, ciptaan Adnan Haji Abu Hassan, lirik karya Hasnol sendiri


Permadu Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada Hasnol yang sentiasa mesra dan merendah diri ini.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim