"BEER HALAL" - KEKELIRUAN YANG MENGELIRUKAN

Berita Arak Dalam Konteks Islam Bahasa Melayu

Mujahid (menteri agama Malaysia) kata tak boleh

Siti Kassim (peguam) tanya mengapa tak boleh?

Majlis Fatwa Kebangsaan kata halal

Jabatan Agama Islam Negeri Johor kata haram

Di Arab Saudi, dengan kalimah Bismillahirrahmaanirrahim.. boleh telan dengan botolnya sekali



Ada kekeliruan yang perlu dijelaskan supaya umat Islam tidak merasa ragu-ragu. Sebagai umat Islam, satu cara mudah ialah anda tidak perlu meminumnya jika berasa was-was.


Penulis blog berprofil tinggi Syed Akbar Ali menulis lagi semalam, Selasa 16 Julai 2019. Blog OutSyed The Box yang telah dikunjungi lebih 50 juta pembaca dari Malaysia dan seluruh dunia itu secara bervisual memaparkan gambar-gambar minuman dalam botol dan tin.

Syed Akbar Ali
..penulis blog berprofil tinggi

Merujuk kepada minuman Barbican dan Istak, Syed Akbar memetik jawapan dari Jabatan Agama Johor: "Perkara ini telah dianalisis oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Jabatan Kimia mengenai kandungan minuman tersebut, Bir (beer) berkenaan mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol sedangkan minuman yang disahkan Halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus, ketinggian peratus alkohol di dalam minuman tersebut menyebabkan minuman itu berstatus Haram."

"Al-Budweiser al-Halal" di Arab Saudi


"Al-Barbican al-Holsten al-Halal" di Arab Saudi

"Al-Mahmood al-Saeed al-Brewer" di Arab Saudi.

Antara minuman popular di Arab Saudi

"Bud Holsten" juga popular di Arab Saudi



Syed Akbar Ali menerusi blognya OutSyed The Box secara seimbasnya dilihat ramai, terutama di kalangan penganalisis politik, sebagai penulis pro-Mahathir, dan juga pro-Umno semasa Dr Mahathir Mohamad masih berada di dalam Umno.

Beliau juga dilihat sangat berani dalam mengupas pelbagai isu yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia, negara-negara Islam di dunia, serta turut menganalisis pelbagai isu antarabangsa membabitkan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Russia, China, Britain dan lain-lain.

Negara-negara Islam yang sering disasarkan termasuk Arab Saudi, UAE, Yemen, Iran dan Turki.

Penulisan Syed Akbar banyak memberi tumpuan kepada aspek ekonomi, kewangan, politik, sains dan teknologi, agama dan kepentingan Melayu Islam Malaysia.

Penulisan beliau menjadi sangat menarik kerana ianya dipersembahkan secara mudah difahami, ringkas, padat, berterus-terang serta straight to the point.

Syed Akbar juga tidak teragak-agak dalam mengemukakan pandangannya secara kasar, kesat dan blunt tanpa belas kasihan terhadap mana-mana pihak atau individu yang disasarkan.

Permadu Malaysia melihat Syed Akbar Ali sebenarnya bukanlah seorang "penulis upahan" (seperti mungkin disangka sesetengah pihak) atau memihak kepada individu-individu tertentu termasuk Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
...turut menjadi sasaran kritikan
dari Syed Akbar Ali

Malah, di dalam beberapa artikelnya sebelum ini, Dr Mahathir sendiri telah dikritik dengan begitu pedas dan tajam oleh Syed Akbar berkaitan isu ekonomi, kos sara hidup, semakin ramai graduan IPTA/IPTS jadi pemandu Grab dan penunggang motorsikal penghantar makanan, isu monopoli, oligopoli, kewangan dan perbankan serta pendidikan. Cuma, kritikan yang tidak bersifat peribadi itu dilakukan dengan lebih sopan.

Walaupun Permadu Malaysia tidak semestinya bersetuju dengan semua pandangan Syed Akbar Ali, hakikatnya kebanyakan pandangan beliau adalah berasas, hujah yang dikemukakan disokong fakta dan angka-angka.

Sebagai seorang personaliti yang terlibat sendiri dalam perniagaan, pandangan, cadangan dan ramalan beliau mengenai ekonomi, kewangan dan keperluan pasaran bebas dilihat praktikal dan realistik, malah berpijak di bumi nyata. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk memberi perhatian dan pertimbangan serius.

Di sebalik semua ini, Permadu Malaysia mendapati Syed Akbar Ali sebenarnya seorang penulis yang bebas dari sebarang pengaruh, ikhlas dan sangat menyayangi agama Islam, bangsa Melayu dan tanah tumpah darahnya Malaysia.

Beliau dipercayai seorang yang rajin membaca dan sentiasa mencuba untuk memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran. Ini membolehkan Syed Akbar melihat Islam dari perspektif yang lebih luas dan asli, berbanding penghayatan sempit, tidak terkecuali pandangan berkepentingan politik dan peribadi yang boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah kehinaan yang merugikan, di dunia dan akhirat.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
sebahagian gambar 
dari OutSyed The Box
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran