TAK RASA MALU - BUDAYA BAHARU KITA - DIBAWA KHAS OLEH PARA POLITIKUS

Rencana Politik Bahasa Melayu

Najib Razak
...Malu apa bossku

ADA sesuatu yang menarik bila membaca rencana tulisan pengarang The Star Online Wong Chun Wai yang disiarkan pada hari Selasa 12 Februari 2019. Pengarang itu memberi amaran kita sedang menuju ke satu arah yang merbahaya. Telah muncul bagai satu budaya baharu - Tak Rasa Malu.

Najib dan jutaan sokongan

Mantan perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak mungkin menerima tamparan dari pelbagai tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, namun kempen terbaru beliau, Malu Apa Boss Ku - telah menerima kejutan dengan mendapat jutaan sokongan "suka" di media sosial.

Menjawab desas desus latar belakang pendidikannya, Najib menjelaskan beliau telah menamatkan pengajiannya di Nottingham University, United Kingdom. Beliau juga berkata akan menunjukkan bukti pada masa yang sesuai. Ini bukan masalah sama sekali, katanya. Rakyat juga sedang menunggu.

"Siswazah"

Nampaknya, suasana sama turut menyelubungi pihak politikus di sebelah jua.

Senator Marzuki Yahya
Timbalan Menteri Luar
...universiti Cambridge yang mana satu?

Seorang demi seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kelayakan akademik mereka yang mencurigakan terdedah selepas Timbalan Menteri Luar Senator Marzuki Yahya dipersoalkan kesahihan kelulusannya.

Sejarah pendidikan Menteri Besar Johor Osman Sapian menarik perhatian ramai apabila ada berita menyatakan beliau tidak memperolehi sebarang ijazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Osman Sapian
Menteri Besar Johor
...mohon maaf

(Ketika rencana bahasa Melayu ini sedang disediakan, Osman Sapian membuat kenyataan memohon maaf dan mengesahkan beliau tidak menerima sebarang ijazah dari UPM)

Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
...hanya tak mengaku setelah dipersoalkan

Ijazah sarjana muda sains sosial dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang didakwa milik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin seperti dilapor sebelum ini turut dipersoalkan. Zuraida terus cuci tangan dan memberitahu beliau tidak memiliki ijazah tersebut. Namun beliau tidak menyatakan samada memiliki ijazah lain.

Paul Yong Choo Kiong
ADUN Tronoh
...lepasan Akamai University, Hawaii

ADUN Tronoh dari DAP Paul Yong Choo Kiong mendakwa memiliki ijazah sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti Akamai, Hawaii, Amerika Syarikat, sebuah universiti yang mendapat jolokan kilang mengeluarkan ijazah yang boleh dibeli.

Tiada seorang pun dari mereka (kecuali Osman Sapian) yang memohon maaf kerana tidak membetulkan berita maklumat salah kelulusan akademik mereka semasa dilaporkan. Baru sekarang hendak dinafikan selepas ianya dipersoalkan. Alasan diberi tidak menyedari pendedahan berita tersebut. Mustahil. Bolehkah mereka dipercayai?

Lebih buruk lagi, Marzuki menyerahkan isu  kelulusan akademik beliau yang mencurigakan kepada perdana menteri untuk membuat keputusan. MB Johor mengambil sikap berdiam diri, mungkin mengharap isu tersebut akan berlalu begitu sahaja. Zuraida menyalahkan pihak yang menyiarkan berita kerana tidak meminta pengesahan darinya terlebih dahulu.

Inilah cara para politikus menjawab soalan. Jelas sekali mereka mementingkan diri sendiri untuk kelangsungan politik masing-masing. Kepentingan rakyat dan negara bukanlah keutamaan sebenar mereka.

Politikus menipu diri sendiri

Samada wakil rakyat mesti ada ijazah bukanlah persoalan. Soalnya, bolehkah kita mempercayai orang yang menipu diri sendiri? Ini yang dinamakan mengambil jalan mudah dan malas untuk mencapai sesuatu tujuan. Adalah dikhuatiri mereka menggunakan pendekatan serupa dalam menjalankan tugas sebagai menteri, timbalan menteri, wakil rakyat atau apa sahaja jawatan mereka. Rakyat masih dijangka mempercayai mereka dalam hal akauntabiliti dan integriti?

Di sektor swasta, pemberhentian adalah keputusan terdahulu bagi pemalsuan kelulusan akademik

Lebih malang lagi, ada di kalangan pemimpin yang yang cuba membela dan mewajarkan perbuatan tidak jujur seperti ini.

Di sektor swasta, seseorang boleh dibuang kerja jika menipu kelulusan akademik. Adakah kerajaan lebih longgar dasarnya dari swasta? Jika benar lebih longgar, jangan terlalu mengharap mereka boleh melakukan perubahan untuk negara.

PAS dan kereta mewah

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
MP PAS Bachok
...memandu Mercedes baru

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin PAS bagaikan sedang berada dalam suasana baru yang sukar dilihat sebelum ini. Mereka yang kelihatan lebih alim dan warak dari orang lain, kini nama-nama mereka mudah dijumpai di media sosial dengan cerita kurang menyenangkan. Mereka dikaitkan dengan berselera kepada kereta dan motorsikal mewah atas nama sendiri, anak-anak atau isteri.

Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Menteri Besar Kelantan
...Range Rover, Audi

Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penerimaan wang RM90 juta dari pentadbiran sebelumnya melibatkan "satu senarai kereta mewah, hartanah, motorsikal berkuasa tinggi dan pembelian nombor pendaftaran kereta dengan harga terlalu tinggi", telah tersebar secara meluas.

Hashim Jasin
Mursyidil Am PAS
...Porsche

Mohd Khairuddin Aman Razali
MP PAS Kuala Nerus
...Audi Q7 baru untuk isteri kedua

Katak

Pada Selasa, 12 Februari 2019, perdana menteri dan pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad telah menerima 7 ahli parlimen (MP) Bebas untuk menyertaì partinya. Mereka terdiri dari MP yang menang atas tiket BN/Umno dalam PRU14 pada 9 Mei 2018.

Dr  Mahathir Mohamad
Perdana Menteri

Selamat datang ke Malaysia. Tanah tumpah Tak Rasa Malu - dibawa khas untuk anda oleh para politikus Malaysia.






Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

Gambar & sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim