KESETIAAN JUJUR ELLIE SURIATI
PERMADU MALAYSIA tertarik dengan rencana tulisan penulis dan pejuang reformasi terkenal Hishamuddin Rais berkaitan seorang pelakon wanita Malaysia yang disiarkan Malaysiakinì hari ini, 16 Januari 2019.
Ellie Suriati bukanlah suatu nama yang terlalu besar di arena perfileman dan seni tanah air. Namun, selepas lapan bulan pasca pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan kekalahan BN, semakin ramai pemerhati mula menghormati pendirian pelakon tersebut.
Hishamuddin menghormati Ellie kerana ada ciri-ciri kejujuran di sebalik kesetiaan yang ditunjukkan.
Hishamuddin menulis, "...minah (Ellie Suriati) ini percaya bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah jantan suci, warak dan beriman. Najib tidak mencuri. Najib tidak terlibat dalam apa-apa kes bunuh. Najib tidak rasuah. Najib ini jantan yang bersih. Lagi bersih dari sabun Fab.
"Minah ini menyokong Najib dengan setia. Ertinya minah ini memberikan kepada saya satu contoh orang seni yang memiliki kesetiaan jujur. Apakah ini bermakna ada kesetiaan yang tidak jujur?
"Hah, hah! Ini namanya kesetiaan bodek.
"Tapi di sini - kerana saya tabik kepada Ellie Suriati - maknanya saya ingin bersurah tentang budaya bodek di kalangan para seniman dan segerawan. Opps... tersilap, sasterawan kita.
"Ellie Suriati ini bukan pembodek. Kalau dia pembodek bila Najib lingkup si minah akan senyap sebentar. Kemudian mula mencium tangan Mahathir. Kemudian beralih mencium tangan Azmin atau mula berselfie dengan Tian Chua.
"Para pembaca jangan lupa kepada sosok bernama Rosyam Nor. Jangan lupa dengan Mat Tampar (pelakon pelawak Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over). Jangan lupa dengan David Teo (pemilik syarikat perfileman Metrowealth). Jangan sesekali lupa akan babak bodek membodek dan tampar menampar.... tapi itulah yang berlaku. Semuanya mahu membodek Najib.
"Tetiba Rosyam Nor tidak muncul untuk berdemo di hadapan pejabat SPRM ketika Najib disoal siasat. Tetiba David Teo hilang entah ke mana. Yang Mat Tampar memang dah lama over.
"Inilah hakikat seniman dan sasterawan kita... Pada hemat saya mereka ini tidak ada bakat.
"Begitu juga para sasterawan. Jika mereka penulis besar buku garapan mereka berkali-kali diulang cetak... tak perlu tunggu Dewan Bahasa dan Pustaka... tak perlu bodek untuk jadikan buku wajib beli di sekolah.
"Bagaimana dengan para pelukis kita? Pelukis pun sama juga. Lintas ke Pasar Seni, akan terlihat kerja budaya bodek terpampang (di) dinding. Muka Zahid Hamidi. Muka Rosmah. Muka Dollah Badawi. Mungkin tak lama lagi akan muncul potret Azmin Ali.
"Projek Cendana. Poorah. Kerana itu saya angkat topi kepada Ellie Suriati. Najib telah lingkup tapi minah ini masih setia.
"Pasti ramai bertanya - ke mana perginya para seniman, pelakon, pengarah filem dan TV, pelukis dan sasterawan yang berebut-rebut untuk rapat mengelilingi Najib satu ketika dulu.... ketika ini mereka menyorok sebentar. Ini perangai kaki bodek. Mereka tidak ada pendirian. Mereka tidak ada bakat."
Itulah antara petikan tulisan pedas lagi berbisa dari Hishamuddin Rais.
Ellie Suriati diejek, dicemuh dan dihina khalayak ramai semata-mata kerana sentimen kebencian terhadap Najib. Sehingga kita lupa untuk menghormati pendirian orang lain yang tidak sama dengan pendirian kita.
Di sebalik segala kerendahan yang ditanggung, Ellie Suriati sebenarnya memiliki satu nilai mulia yang belum tentu ada pada dalam diri insan-insan seni yang lain.

Hishamuddin Rais, pengarah filem, penulis dan pejuang reformasi |

Rosyam Nor, pelakon dan penerbit filem |
"Para pembaca jangan lupa kepada sosok bernama Rosyam Nor. Jangan lupa dengan Mat Tampar (pelakon pelawak Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over). Jangan lupa dengan David Teo (pemilik syarikat perfileman Metrowealth). Jangan sesekali lupa akan babak bodek membodek dan tampar menampar.... tapi itulah yang berlaku. Semuanya mahu membodek Najib.
Kejadian 17 Mei 2017... Mat Over menampar David Teoh di hadapan Najib |
"Tetiba Rosyam Nor tidak muncul untuk berdemo di hadapan pejabat SPRM ketika Najib disoal siasat. Tetiba David Teo hilang entah ke mana. Yang Mat Tampar memang dah lama over.
"Inilah hakikat seniman dan sasterawan kita... Pada hemat saya mereka ini tidak ada bakat.
"Begitu juga para sasterawan. Jika mereka penulis besar buku garapan mereka berkali-kali diulang cetak... tak perlu tunggu Dewan Bahasa dan Pustaka... tak perlu bodek untuk jadikan buku wajib beli di sekolah.
"Bagaimana dengan para pelukis kita? Pelukis pun sama juga. Lintas ke Pasar Seni, akan terlihat kerja budaya bodek terpampang (di) dinding. Muka Zahid Hamidi. Muka Rosmah. Muka Dollah Badawi. Mungkin tak lama lagi akan muncul potret Azmin Ali.
"Projek Cendana. Poorah. Kerana itu saya angkat topi kepada Ellie Suriati. Najib telah lingkup tapi minah ini masih setia.
"Pasti ramai bertanya - ke mana perginya para seniman, pelakon, pengarah filem dan TV, pelukis dan sasterawan yang berebut-rebut untuk rapat mengelilingi Najib satu ketika dulu.... ketika ini mereka menyorok sebentar. Ini perangai kaki bodek. Mereka tidak ada pendirian. Mereka tidak ada bakat."
Itulah antara petikan tulisan pedas lagi berbisa dari Hishamuddin Rais.
Ellie Suriati diejek, dicemuh dan dihina khalayak ramai semata-mata kerana sentimen kebencian terhadap Najib. Sehingga kita lupa untuk menghormati pendirian orang lain yang tidak sama dengan pendirian kita.
Di sebalik segala kerendahan yang ditanggung, Ellie Suriati sebenarnya memiliki satu nilai mulia yang belum tentu ada pada dalam diri insan-insan seni yang lain.
Oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia/Permadu Harmony
Semua Hak Cipta Terpelihara
2019 Hak Cipta Fauzi Kadir
Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
Semua gambar susunan
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment