Presiden NGO lantang memperjuang Palestin ditangkap berkhalwat
PENGUAT KUASA Jawi menahan presiden NGO yang berdua-duaan dengan wanita di hotel di ibu negara. Gambar Ihsan Pembaca akhbar Harian Metro New Straits Times dan Harian Metro melaporkan presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam, disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara. Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu. "Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an. "Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang. "Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang...