Harga durian merudum?
Mr Os dalam kenangan DALAM KENANGAN.. Allahyarham Mohd Yusof bin Abdul Hamid, lebih dikenali sebagai Mr Os, pernah mempromosi durian sebagai produk kebanggaan negara menerusi lagu popular nyanyiannya. Prihatin terhadap nasib rakyat terjejas akibat Covid-19 mendorong seorang tauke durian di Semat Jal, melelong 60 tan buah ‘kayangan’ itu serendah harga RM3 sekilogram atau RM10 bagi setiap satu beg plastik bersaiz sederhana, Sinar Harian melaporkan di Tumpat. Shahmiazani Mohd Tanazi, 27, berkata, lelongan durian jenis kahwin dan kampung itu berlangsung selama lima hari bermula pada Ahad sehingga Khamis ini. Katanya, niat menjual durian dengan harga lebih murah itu bertujuan membantu seluruh lapisan masyarakat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 namun teringin menikmati buah durian. “Semua tahu harga durian yang sangat mahal sehingga mencecah RM60 sekilogram bagi musang king dan jenis kampung pula RM15 sekilogram kerana bekalan masih terhad. “Ditekan pula denga...