Azmin cadang Petronas bayar gantirugi kepada mangsa kebakaran di Putra Heights

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PN Selangor

MalaysiaNow, sebuah portal berita lantang penyokong kuat gabungan Bersatu-PAS-Gerakan plus sebahagian ahli UMNO berjiwa PN, semalam melaporkan Perikatan Nasional (PN) menuntut kerajaan Selangor untuk memulakan siasatan "bebas, terperinci dan telus" mengenai insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights semalam yang mencederakan lebih seratus orang di samping merosakkan harta benda termasuk kenderaan dan hampir 200 rumah berhampiran. 

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga bekas menteri besar, turut berpandangan Petronas perlu membayar ganti rugi kepada semua mangsa yang terkesan selepas memperincikan kerugian.

"Satu task force yang mempunyai talian terbuka mesti ditubuhkan segera untuk mengumpul data dan maklumat mangsa termasuk data kerugian dan kecederaan. 

"Task force ini bertanggungjawab memberi nasihat kepada PETRONAS untuk memberikan gantirugi yang berpatutan kepada semua mangsa sebagai penyelesaian yang adil dan berperikemanusiaan," Azmin dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Kebakaran besar paip gas pada pagi hari kedua Aidilfitri semalam, yang menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas Petronas.

Kerugian membabitkan kediaman, kenderaan dan kecederaan dipercayai mencecah ratusan juta.

Setakat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai RM5,000 untuk pemilik rumah terjejas, serta RM2,500 kepada mangsa yang tercedera.

Sebagai Abah Prihatin yang baharu, Anwar turut berkata tanggungjawab ganti rugi akan ditanggung sepenuhnya kerajaan persekutuan dan Petronas.

"Yang itu jangan bimbang, cuma ia mengambil masa sedikit," katanya.

Azmin berkata peristiwa itu mendatangkan trauma akibat gegaran dan letupan yang kuat di beberapa buah kampung dan taman perumahan sekitar lokasi letupan.

Menurutnya, laporan hasil siasatan mesti mengemukakan syor dan langkah pemantauan dan pemeriksaan di sepanjang jajaran paip gas secara berkala bagi menjamin keselamatan rakyat khususnya penduduk-penduduk di kawasan berdekatan.

Menurutnya, laporan tersebut mesti dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Negeri Selangor.

"Justeru itu, selaku ketua pembangkang DUN Selangor, saya mendesak menteri besar Selangor untuk segera mengeluarkan notis kepada Speaker DUN memanggil sidang khas bagi membincangkan perkara berkepentingan awam iaitu insiden kebakaran saluran paip gas yang telah mencederakan ratusan rakyat dan memberi tekanan emosi kepada banyak pihak," katanya, yang memetik Perkara 10(3) bagi membenarkan sidang khas dipanggil serta merta.

Kelmarin, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari tampil mempertahankan kontraktor yang terbabit dalam pembangunan di kawasan tersebut, selepas dakwaan mesin pengorek yang menyebabkan kebocoran paip gas Petronas itu.

"Di manakah mesin itu? Kalau dia mengorek dan berlaku letusan, saya rasa mesin itu tak survive lah," kata Amirudin, yang berkata dakwaan tersebut "tidak adil", seperti dipetik MalaysiaNow.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana