Wanita dakwa akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang dikesan berada di Perak, di peringkat akhir siasatan

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang
Gambar Berita Harian

Polis sudah rakam percakapan wanita dakwa akan kahwin dengan Tengku Hassanal

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. Gambar fail NSTP

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada April tahun ini, Berita Harian melaporkan dari Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata setakat ini, pihaknya dalam peringkat akhir siasatan, sebelum ia dimajukan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, wanita berusia 38 tahun itu dikesan di Perak dan pihaknya sudah merakam percakapan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya selepas Program Perhimpunan Bulanan bagi Februari 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Tengku Mahkota Pahang (kiri) turun padang memandu sendiri kenderaan membantu mangsa banjir di Temerloh beberapa tahun lalu, bersama seorang pemimpin politik negeri itu, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.

Pada 10 Disember tahun lalu, Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja membabitkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita.

Menerusi kenyataan itu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Datuk Mohamed Zahari Yahya, berkata hantaran di laman Instagram dimuat naik sendiri pengguna platform dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1) menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.

"Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita itu mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

"Istana Pahang sudah beberapa kali mengesan hantaran fitnah dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan dimuat naik, selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?