Portal pro-pembangkang popular persoal SPRM biarkan DBKL lakukan 'siasatan dalaman' skandal kontrak babitkan artis pro-Anwar

Janganlah kerana kamu penyokong tegar Anwar, kamu dapat layanan special dari yang lain yang terus bergari dan pakai baju oren😅 namun Permadu percaya SPRM mempunyai sebab profesional memberi laluan kepada siasatan dalaman terlebih dahulu

Tekanan kini tertumpu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan antirasuah itu memberikan ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan siasatan dalaman kes rasuah membabitkan Datuk Afdlin Shauki, pengarah, pelawak dan pelakon yang merupakan penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut pemerhatian portal berita pro-pembangkang popular yang semakin berpengaruh dan lantang, MalaysiaNow dalam satu laporan kelmarin.

Ini kerana sebelum ini, menurut portal itu, SPRM pernah menahan pegawai majlis perbandaran tanpa perlu menunggu siasatan dalaman. 

Pada Julai tahun lalu, seramai tujuh penguatkuasa DBKL ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi premis yang beroperasi secara haram.

Pada 2021, badan itu menahan seorang Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor bagi membantu siasatan berhubung kesalahan rasuah kerana dipercayai menerima suapan daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek oleh PBT tersebut.

Pada tahun berikutnya, SPRM membongkar kartel memonopoli tender projek  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menahan sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA bagi membantu siasatan.

Peguam kanan, Encik Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan pendirian SPRM membenarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu, sambil mengingatkan SPRM bahawa bidang kuasanya membolehkan siasatan dijalankan tanpa perlu menunggu mana-mana pihak terlebih dahulu.

"Konsistensi tak ada. Kalau misal kata biar bagi DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu, kenapa tak lakukan tindakan sama kepada agensi-agensi lain dan syarikat swasta lain?

"Boleh (Tan Sri) Azam Baki jawab soalan itu?" katanya, merujuk ketua pesuruhjaya SPRM, seperti dipetik MalaysiaNow.

Katanya, SPRM perlu memahami peranan agensi itu bukan sahaja menyiasat pihak yang memberi atau menerima wang tetapi termasuk juga amalan salah guna kuasa yang ditakrifkan sebagai rasuah.

Terdahulu, Edisi Siasat, saluran popular Telegram yang khusus melaporkan pelbagai salah laku dan rasuah melibatkan agensi kerajaan dan individu berkuasa, mendedahkan dakwaan membabitkan Afdlin dalam sebuah projek DBKL bernilai jutaan ringgit. 

Hantaran Telegram itu mendakwa Afdlin melanggar prosedur perolehan dalam projek pembinaan studio dan konti radio bernilai RM7 juta, sebelum ia dibatalkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Ia juga mendakwa projek-projek itu diketahui setiausaha politik Anwar, Azman Abidin. Azman bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP), iaitu yayasan yang tertakluk di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri, telah menyalurkan kontrak DBKL bernilai RM4 juta untuk penerbitan bahan kreatif kepada syarikat milik "kroni".

Katanya, kontrak untuk penghasilan video bagi saluran TikTok "Friends of DBKL" tidak melalui proses tender yang betul, sambil menambah seorang podcaster terkemuka masih berhutang lebih 100 klip kepada DBKL.

Afdlin yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah DBKL tidak lama selepas Anwar mengambil alih kuasa, menyifatkan itu usaha pihak yang yang mahu memburukkan namanya.

"Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," katanya selepas isu itu mula menjadi perbualan hangat.

Susulan pendedahan itu, SPRM mengambil pendirian tidak memulakan sebarang siasatan, sebaliknya akan menunggu keputusan siasatan dalaman.

Azam mengambil pendirian kes tersebut akan dirujuk sekiranya terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa ditemui siasatan dalaman DBKL.

Portal pro-pembangkang itu turut mendakwa diberitahu oleh Azam bahawa pegawai integriti SPRM yang ditempatkan di DBKL turut terlibat dalam siasatan dalaman itu.

"Sekiranya terdapat unsur rasuah, atau salah guna kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah, maka SPRM akan menjalankan siasatan.

"Saya mendapat tahu DBKL bertindak berdasarkan suatu maklumat dan kami tidak tahu duduk benarnya kesalahan ini," katanya.

Haniff bagaimanapun berkata tindakan membiarkan siasatan dalaman berjalan terlebih dahulu akan menjejaskan siasatan SPRM selepas itu.

"Kalau SPRM nak tunggu mereka selesai dulu siasatan dalaman, mana buktinya tiada keterangan pun yang telah ditukar, diubah, disembunyikan dan dilapangkan?

"Itu sebabnya saya kata dia beri hormat (kepada DBKL) tak kena tempat.

"Adakah Azam Baki berani memberi satu jaminan bahawa tidak akan ada pelupusan keterangan tanpa SPRM masuk siasatan sekarang?

"Azam kena berani bagi jaminan itu sebab nampak macam dia tidak tahu apa itu SPRM," katanya. 

Haniff meluahkan kebimbangan sekiranya ada usaha menutup skandal perolehan tersebut daripada terdedah dan dibongkar lebih teruk kepada masyarakat umum.

Sementara itu, aktivis antirasuah Encik Jais Abdul Karim berkata perbezaan pendekatan SPRM dalam kes membabitkan Afdlin mungkin menimbulkan persoalan konsistensi dalam menangani kes-kes yang melibatkan DBKL.

"Adalah penting untuk memahami rasional di sebalik keputusan ini. Mungkin terdapat faktor-faktor tertentu yang dipertimbangkan oleh SPRM dalam menentukan sama ada sesuatu kes perlu disiasat secara dalaman oleh DBKL atau diambil alih sepenuhnya oleh SPRM," kata Jais, yang juga presiden Pemerhati Rasuah Malaysia.

"Bagaimanapun, ketelusan dan penjelasan lanjut daripada SPRM akan dapat membantu mengurangkan kekeliruan dan memastikan kepercayaan masyarakat terhadap integriti proses siasatan," katanya kepada portal berpengaruh dan lantang itu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?