Saksi wanita dipercayai melayan punca pendakwah semakin seronok
Ebit berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. Gambar fail Sinar Harian |
Seorang wanita semalam memberitahu Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah bahawa Al Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Wanita berusia 40-an itu, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata perbualan tersebut berlaku melalui panggilan video dan aplikasi WhatsApp antara mereka yang timbul selepas beliau bertanya mengenai mesej lucah yang diterimanya daripada Ebit Lew.
"Lebih banyak panggilan dia saya tidak sambut, banyak panggilan saya skip tetapi panggilan ini saya sambut dan tanya apa masalah sebenar (dia) kenapa minta (seks) daripada orang lain sedangkan Ebit sudah mempunyai isteri.
"Dari situ, dia cerita tentang macam mana layanan seks daripada isteri dan bagaimana sebenarnya (layanan seks yang) dia mahukan," Bernama memetik saksi itu sebagai berkata ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Puan Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Encik Nur Asyraf Zolhani.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Saksi pendakwaan ke-12 iaitu jurufoto Polis Diraja Malaysia Koperal Detektif Puan Andria Anak Empeny, 32, pula mengesahkan bahawa beliau telah mengambil lapan keping gambar berkaitan kes itu.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Puan Analia Kamaruddin, saksi itu berkata gambar terbabit memaparkan keadaan di luar dan di dalam rumah mangsa termasuk ruang tamu, bilik tidur utama dan katil iaitu tempat wanita tersebut bermesej serta langsir.
Nor Azizah dan Analia turut dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Puan Rasyidah Murni Adzmi manakala Ebit Lew diwakili peguam Datuk Ram Singh, Encik Timothy Daut, Encik Prem Elmer Ganasan serta Encik Prabjit Singh Gill.
Perbicaraan bersambung hari ini dan sedang berjalan ketika artikel ini sedang ditulis.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment