Najib sedih NGO berwibawa seperti Bersih, C4, Aliran kelihatan berat sebelah, memihak
Dari dalam penjara, bekas perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa sedih kerana beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih, C4, Aliran dam lain-lain kelihatan prejudis terhadapnya hingga tiada satu pun yang betul mengenai dirinya.
Beliau merujuk kepada kes terbaru di mana dirinya dan Tan Sri Irwan Siregar dilepas tanpa bebas, atau bahasa ringkasnya, DNAA.
Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipercayai disediakan pihak pentadbir akaun Facebook Najib Razak hari ini:
Kenapa NGO-NGO seperti BERSIH, C4, Aliran dan sebagainya tidak pernah tanya tentang kesahihan memorandum dalaman AGC setebal 12 muka bertarikh tahun 2019 yang rumuskan pihak pendakwaan kes IPIC sebulat suara bersetuju bahawa langsung tiada asas untuk dakwa Najib?
Sedangkan bekas Peguam Negara tidak pernah nafi bahawa dokumen tersebar itu adalah sahih dan pihak pendakwaan juga hanya jawab "tiada komen" bila ditanya oleh hakim dalam mahkaman berkenaan kesahihan dokumen tersebut.
Dan sekiranya dokumen ini adalah sahih dan pihak pendakwaan sudah sedar sejak tahun 2019, kenapa pihak pendakwaan masih teruskan kes terhadap Najib selama lebih 5 tahun lagi sehingga hakim, pihak pendakwaan, pihak pembelaan dan Najib perlu naik turun mahkamah berpuluh kali untuk satu kes yang tidak berasas pun?
Soalan asas yang perlu ditanya bukan kenapa pihak pendakwaan gagal untuk kemukan puluhan dokument penting kepada mahkamah dalam tempoh lebih 6 tahun tetapi kenapa Najib dan Irwan didakwa bagi kes yang langsung tiada asas.
Sebab pihak AGC tak pernah nafi dan NGO-NGO berkepentingan tak pernah tanya maka kita lampirkan keseluruhan 12 muka surat memo dalaman tersebut untuk pengetahuan umum.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment