Anwar boleh tumbang jika Mahathir berjaya buktikan dia betul

Mahathir kait isteri Anwar sekali selaku timbalannya dalam isu Batu Puteh

Sebuah akhbar Bahasa Melayu paling berani dan lebih bebas hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan syor siasatan jenayah terhadapnya berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh sebagai langkah bermotifkan politik untuk menjatuhkan reputasi beliau.

Tegas bekas Perdana Menteri itu, keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh pada 23 Mei 2018 bukan dibuat oleh beliau secara bersendirian tetapi diputuskan bersama dalam mesyuarat Kabinet, tulis akhbar berkenaan, Sinar Harian yang merujuk kepada sidang media oleh bekas perdana menteri dua kali itu.

Jika ini dianggap sebagai pengkhianatan, maka seluruh Kabinet pada ketika itu juga adalah pengkhianat termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya menerusi sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Selasa 10 Disember 2024.

Turut hadir, dua peguamnya, Encik Zainur Zakaria dan Encik Muhammad Rafique Rashid Ali.

Menurutnya, tujuan utama beliau menganjurkan pendapat tersebut adalah supaya Perbatuan Tengah diberi perhatian oleh kerajaan.

"Saya ada sedikit pengalaman dulu dalam memajukan Pulau Layang-Layang di perairan Sabah.

"Dari batu yang kecil kita majukan sehingga ada Short Landing Strip, kapal terbang kecil dapat mendarat, kita bina hotel, kedai dan menjadikannya sebagai pusat selam serta pelancongan," ujar beliau.

Jelasnya, Pulau Layang-Layang menyumbang kepada negara dan tidak hilang seinci pun tetapi keluasannya bertambah sehingga 35 hektar.

"Pulau ini sekarang 7.5 kilometer (km) panjang dan 2.2km lebar. Kita dapat perkuat kedaulatan negara. Kita hanya perlu buat bukan bercakap sahaja," katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap hasil laporan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebagai pengkhianatan besar terhadap negara.

Sebelum itu, pada Khamis lalu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah dimulakan terhadap Dr Mahathir kerana menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh.

Kecacatan siasatan RCI 

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau menolak hasil laporan RCI terbabit kerana didakwa terdapat banyak kecacatan.

Ada rahsia, ada terbuka?

“Saya ingin bertanya dahulu rahsia, sekarang terbuka.

"Siapa yang bersetuju untuk ia dibuka? Kalau ini sudah dibuka dan bukan lagi rahsia maka mengapa kerajaan bantah permohonan saya di mahkamah untuk adakan RCI secara terbuka?"soal beliau.

47 daripada 217 muka surat dipadam (redacted)

Dr Mahathir turut mempersoalkan laporan berkenaan untuk dibahaskan kerana terdapat 47 daripada 217 muka surat dipadam (redacted).

"Bagaimana rakyat melalui wakil rakyat hendak bahas atau tanya soalan kalau ada muka surat laporan dipadam?” soalnya lagi.

Tambah Dr Mahathir, beliau sedia untuk berdepan dengan tindakan jenayah seperti disyorkan oleh laporan RCI berkenaan.

Video terbitan Sinar Harian

" Jika ada sebarang siasatan (jenayah) ke atas saya, saya bersedia.

"Ya ini adalah tindakan bermotifkan politik.

"Keseluruhan idea adalah untuk memusnahkan saya dan memanggil saya sebagai pengkhianat," katanya.


Adaptasi dari artikel terbitan Sinar Harian bertarikh 10 Disember 2024.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!