PAS rakan subahat judi, kata wartawan veteran

 ‘Gila Judi’?

 Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berpandangan reaksi PAS terhadap isu cabutan khas judi yang diizinkan kerajaan sekarang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga.

Malah menurut A Kadir, PAS juga secara tidak langsung meletakkan parti itu sebagai rakan subahat dengan kegiatan tersebut apabila salah seorang pemimpinnya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berpendapat Putrajaya wajar mengekalkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor Malaysiakini.

"Kalaulah PAS ini betul-betul berpegang kepada Islam seperti didakwa dan dihebahkan kepada para walaknya, tentu ia membantah dengan sekeras-kerasnya sehingga keluar kerajaan jika perlu.

"Tetapi reaksi PAS tidak lebih daripada melepas batuk di tangga saja," katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

PAS kini dikecam pelbagai pihak atas kedudukan mereka dalam kerajaan selepas Kementerian Kewangan membenarkan semua syarikat perjudian kembali melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini.

Cabutan khas itu adalah tambahan kepada aktiviti mingguan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Kebenaran itu disahkan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Memperkasa perjudian

Asalnya cabutan khas berkenaan - yang diperkenalkan sebagai langkah mengumpul dana ekoran ancaman virus Nipah lebih dua dekad lalu - memang 22 kali setahun.

Apabila PH menjadi kerajaan pusat, kekerapan itu diturunkan kepada 11 kali pada 2019 sebelum dikurangkan kepada hanya lapan kali pada 2020.

Selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, kerajaan baru kembali menaikkan kekerapan itu kepada 22 kali pada tahun ini.

PAS merupakan salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kerajaan sekarang.

A Kadir berkata sejak sekian lama, modal besar PAS semasa berkempen ialah kerajaan BN tidak Islamik kerana membenarkan kegiatan judi dan penjualan arak.

Katanya PAS juga berikrar untuk mengharamkan kegiatan tersebut apabila mereka berkuasa.

"Itulah antara janji PAS kepada para walaknya, atau walaun mengikut istilah media sosial.

"Sekarang, apabila PAS duduk dalam kerajaan, dapat jawatan kabinet dan Menteri Kewangan pula orang Melayu-Islam berketurunan raja bernama Tengku Zafrul Abdul Aziz, bukan sahaja judi tidak diharamkan malah diperkasakan," katanya.

Menurut A Kadir, tidak mungkin Tengku Zafrul bertindak bersendirian dan memandai-mandai untuk meluluskan permohonan daripada agensi nombor ramalan untuk menambah bilangan cabutan khas kepada 22 kali.

"Takkan kabinet atau perdana menteri tak tahu?" katanya.

A Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd berkata Tengku Zafrul adalah orang korporat, justeru keutamaannya adalah mendapatkan hasil buat kerajaan.

"Manakala pemimpin Melayu-Islam PN pula nampak macam tidak berapa peduli asalkan hasil kerajaan ada untuk membayar gaji, elaun, pencen dan segala kemudahan mereka," katanya.

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu



Disunting oleh
KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   •

Comments

  1. Si kadir ni tokoh wartwan PALA HOTAK lu blog ANJING GILA DAPpengganas!!

    Diamlah lu si kadir BANGKAI ANJING Hipokrit nak MAMPOS!! Mana PDRM/SPRM Parasit - TAK siasat habis2an bawah kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/ROMPAKAN oleh si ANJING SURUHAN Diktator Mahathir PARIAH kerala ni aaahhhh?!! Mcm. mana si ANJING ni yg. hanya WARTAWAN, yg. SAMPAH pula tu, oleh jadi begitu kaya setelah jadi KULI HINA si mahathir PEROMPAK kerala tu?!

    Di - https://www.malaysia-today.net/2020/07/03/pak-kadir-di-antara-orang-melayu-paling-kaya-dalam-malaysia-pada-tahun-1990an/

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank