UNGKU ATLIA, PENCINTA AL-QURAN

Rencana Pendidikan Bahasa Melayu
Ungku Atlia, Pencinta Al-Quran
(Bahagian 1)

Ustazah Hajjah Ungku Atlia
binti Haji Ungku Mohamed
...pengasas, pemilik & pengetua
dua pusat pengajian & pengisian al-Quran

DI sebuah bandar pintar di bawah Majlis Perbandaran Sepang, Selangor, ada seorang insan yang mengabdikan diri untuk satu perjuangan abadi.

Itulah Ustazah Hajjah Ungku Atlia binti  Haji Ungku Mohamed, satu nama yang tidak asing lagi di Cyberjaya.

Pejabat Urusan dan lokasi dua pusat pengajian dan pengisian al-Quran di Cyberjaya

Al-Baghdadi dan Al-Qarni

Ungku Atlia mengendalikan Pusat Pengajian Al-Quran, Al-Baghdadi dan Transit Uwais Al Qarni di Cyberjaya. Kedua-duanya diuruskan secara rasmi oleh syarikat miliknya, Wawasan Taqwa Group Sdn Bhd.

Kelas Al-Quran

Kelas Al-Quran terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa dari usia 7 hingga 70 tahun, terbahagi kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Tujuan penubuhan

Menurut Ungku Atlia, tujuan penubuhan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi (Al-Baghdadi Al-Quran Learning Centre) adalah seperti berikut:

(1) Menawarkan pembelajaran, pembacaan dan penghafalan Al-Quran dengan kaedah yang sangat sistematik, mudah, menarik dan terbukti berkesan.

(2) Menyediakan satu wadah pembelajaran dan penghafalan Al-Quran yang menggunakan pendekatan Teknik Al-Baghdadi dan Neurofisiologi kepada masyarakat khususnya yang memerlukan.

(3) Menjadi institusi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dengan pendekatan teknik Al-Baghdadi yang holistik dan boleh menjadi contoh kebanggaan masyarakat.

Kaedah berkesan, sistematik
dan inovatif

Pembelajaran Al-Baghdadi merupakan satu kaedah yang berkesan, sistematik dan inovatif.

Kelebihan Al-Baghdadi

Kelebihannya pula ianya mudah, padat, menarik, cepat, sesuai, terbukti dan mengoptimumkan otak kanan dan kiri.

Keistimewaan Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan tersendiri.

(1) Kaedah pembelajaran yang unik, berkumpulan dan menyeronokkan.

(2) Telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records dan menjadi finalis Anugerah Inovasi Negara.

(3) Disokong oleh Jakim dan mufti-mufti di Malaysia.

(4) Telah melahirkan lebih 100,000 peserta mahir Al-Quran sejak tahun 2011.

Aliran pembelajaran Al-Baghdadi

Aliran Pembelajaran Al-Baghdadi

Lokasi

Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi (Al-Quran Al-Baghdadi Learning Centre) yang diuruskan oleh Wawasan Taqwa Group Sdn Bhd terletak di Tingkat 1, No 5-1, Nadayu Square, Nadayu 99, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sebarang penerangan lanjut boleh didapati di talian 013 724 0612.

Modul pembelajaran Al-Baghdadi

Modul Pembelajaran Al-Baghdadi

Jangan ketinggalan membaca Bahagian 2 rencana ini. Antara yang menarik ialah mengenai satu lagi pusat pengisian Al-Quran yang diuruskan oleh Ungku Atlia, Transit Uwais Al Qarni. Pusat ini amat baik dan sesuai untuk kanak-kanak bagi ibubapa yang bekerja. Ianya memberi manfaat di dunia dan akhirat.





Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar & illustrasi dari
Wawasan Taqwa Group Sdn Bhd
dan disiarkan dengan kebenaran.

susunan gambar & sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim