SITI FAIRUZ MACAM TAK PERCAYA TERIMA PANGGILAN TELEFON DARI AHMAD NAWAB
Berita Hiburan Bahasa Melayu
Hiburan Malaysia 70an, 80an & 90an
Hiburan Malaysia 70an, 80an & 90an
![]() |
Penyanyi Siti Fairuz ...bila rindu ku sebut nama mu (gambar kulit album label Nawab Production; susunan Zafiyah Hussain) |
PENYANYI pujaan ramai Siti Fairuz menceritakan dalam satu program Radio Klasik, RTM, hampir setahun yang lalu, mengenai detik-detik manis bermulanya beliau menjadi artis rakaman dan penyanyi popular Malaysia di awal tahun 80an.
Siti Fairuz dari Kuantan, Pahang
Siti, nama penuhnya, Siti Fairuz Sheikh Mohamed Sheikh Ali, yang masih remaja ketika itu tinggal bersama keluarga di Kuantan, Pahang. Aktif dalam bidang nyanyian, Siti terpilih sebagai salah seorang penyanyi mewakili RTM Pahang untuk satu program persembahan di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Setelah selesai persembahan beliau pun pulang ke kampung halamannya di Kuantan.
Panggilan telefon Ahmad Nawab
Beberapa hari kemudian, sedang Siti Fairuz membantu ibunya membuat kerja rumah, tiba-tiba telefon berdering. Ketika Siti menjawab panggilan, pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Nawab, dan ingin bercakap dengan Siti Fairuz.
Ahmad Nawab kemudian menjelaskan hasratnya untuk berbincang berkait tawaran sebagai artis rakaman. Beliau juga menyatakan begitu tertarik dengan suara dan gaya persembahan Siti Fairuz sewaktu persembahan di Angkasapuri.
Tergamam
Siti Fairuz tergamam. Di hatinya berkata siapalah diri ini untuk dihubungi penggubah lagu nombor satu negara. Semua orang tahu ketika itu Ahmad Nawab merupakan komposer yang sangat terkenal dan menjadi rebutan ramai penyanyi. Malah, penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Broery Marantika dan Dato' Shake turut menyanyikan lagu ciptaan Ahmad Nawab. Lagunya "Sabar Menanti" telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi My Morning Star dinyanyikan Penghibur Terbaik Asia, Sudirman.
Pencipta bintang
The Star, sebuah akhbar bahasa Inggeris terkemuka di Malaysia, dalam satu wawancara eksklusif, menyifatkan Ahmad Nawab sebagai the star maker (pencipta bintang) dalam tahun 1987.
Siti Fairuz memberitahu pemanggil beliau tidak percaya pemanggil itu adalah Ahmad Nawab dan mengesyaki ia suatu penyamaran. Ahmad Nawab terpaksa beberapa kali menjelaskan kepada Siti bahawa dirinya adalah benar-benar Ahmad Nawab. Akhirnya, baharulah Siti mempercayai beliau sedang bercakap dengan komposer tersohor, Ahmad Nawab.
Di situlah bermulanya Siti Fairuz sebagai antara penyanyi paling popular di Malaysia.
Sebagai penerbit album dan pencipta lagu, Ahmad Nawab bertanggungjawab membimbing, menggilap dan menaikkan nama Siti Fairuz.
Dua lagu hits Siti Fairuz yang terus berkumandang sehingga hari ini ialah 'Usah Bertanya Lagi' (1985) dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu' (1987). Kedua-dua lagu ciptaan Ahmad Nawab dan lirik ditulis oleh Allahyarham Juwie.
Undur diri, kembali aktif
Di tengah populariti berada di puncak, Siti Fairuz tiba-tiba mengundurkan diri dari kerjaya seni setelah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, Mohd Zainuddin Kordi dalam tahun 1988. Ibu tunggal kepada lima orang anak ini bagaimanapun, kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah bercerai dengan suaminya dalam tahun 2008.

Siti Fairuz ...usah bertanya lagi |
Panggilan telefon Ahmad Nawab
Beberapa hari kemudian, sedang Siti Fairuz membantu ibunya membuat kerja rumah, tiba-tiba telefon berdering. Ketika Siti menjawab panggilan, pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Nawab, dan ingin bercakap dengan Siti Fairuz.
![]() |
Ahmad Nawab ...komposer yang mudah tersinggung |
Ahmad Nawab kemudian menjelaskan hasratnya untuk berbincang berkait tawaran sebagai artis rakaman. Beliau juga menyatakan begitu tertarik dengan suara dan gaya persembahan Siti Fairuz sewaktu persembahan di Angkasapuri.
Tergamam
Siti Fairuz tergamam. Di hatinya berkata siapalah diri ini untuk dihubungi penggubah lagu nombor satu negara. Semua orang tahu ketika itu Ahmad Nawab merupakan komposer yang sangat terkenal dan menjadi rebutan ramai penyanyi. Malah, penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Broery Marantika dan Dato' Shake turut menyanyikan lagu ciptaan Ahmad Nawab. Lagunya "Sabar Menanti" telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi My Morning Star dinyanyikan Penghibur Terbaik Asia, Sudirman.
![]() |
Ahmad Nawab ...komposer rebutan penyanyi, bertanggungjawab naikkan nama Siti Fairuz |
Pencipta bintang
The Star, sebuah akhbar bahasa Inggeris terkemuka di Malaysia, dalam satu wawancara eksklusif, menyifatkan Ahmad Nawab sebagai the star maker (pencipta bintang) dalam tahun 1987.
Siti Fairuz memberitahu pemanggil beliau tidak percaya pemanggil itu adalah Ahmad Nawab dan mengesyaki ia suatu penyamaran. Ahmad Nawab terpaksa beberapa kali menjelaskan kepada Siti bahawa dirinya adalah benar-benar Ahmad Nawab. Akhirnya, baharulah Siti mempercayai beliau sedang bercakap dengan komposer tersohor, Ahmad Nawab.
Di situlah bermulanya Siti Fairuz sebagai antara penyanyi paling popular di Malaysia.
![]() |
Siti Fairuz ...penyanyi bimbingan Ahmad Nawab yang kembali aktif |
Sebagai penerbit album dan pencipta lagu, Ahmad Nawab bertanggungjawab membimbing, menggilap dan menaikkan nama Siti Fairuz.
Dua lagu hits Siti Fairuz yang terus berkumandang sehingga hari ini ialah 'Usah Bertanya Lagi' (1985) dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu' (1987). Kedua-dua lagu ciptaan Ahmad Nawab dan lirik ditulis oleh Allahyarham Juwie.
![]() |
Siti Fairuz dan anak-anak ...kini berstatus ibu tunggal |
Undur diri, kembali aktif
Di tengah populariti berada di puncak, Siti Fairuz tiba-tiba mengundurkan diri dari kerjaya seni setelah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, Mohd Zainuddin Kordi dalam tahun 1988. Ibu tunggal kepada lima orang anak ini bagaimanapun, kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah bercerai dengan suaminya dalam tahun 2008.
Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
Gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment