MAT SABU HEMPAS KOPIAH

Berita Politik Bahasa Melayu

Mohamad Sabu,
Menteri Pertahanan
...hempas kopiah

TIDAK dapat mengawal perasaan kerana terlalu marah kepada PAS, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bertindak menghempas kopiah yang dipakainya ke atas meja, lapor Malaysiakini hari ini.

Presiden Amanah yang lebih mesra dengan nama Mat Sabu itu berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pejabat Amanah Pasir Mas di Kampung Jias petang semalam.

SPRM siasat PAS terima wang

Beliau dipercayai merujuk kepada laporan penerimaan wang dari Umno sebanyak RM90 juta kepada pihak PAS yang kini sedang disiasat SPRM. Selain itu, beliau juga mengulas "pembohongan" ahli parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam isu audio yang mana Nik Abduh menyatakan PAS memang ada menerima wang dari Umno.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
Ahli Parlimen Bachok
...mengaku berbohong

Nik Abduh mengaku

Nik Abduh baru-baru ini mengaku suara di dalam audio tersebut adalah suaranya walaupun sebelum ini menafikannya.

Mendapat restu berbohong

Nik Abduh juga berkata beliau berbohong sebelum ini setelah mendapat restu untuk berbohong dari presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Mat Sabu pernah baling mikrofon

Tindakan Mohamad Sabu menghempas kopiah telah mencipta satu lagi rekod kerana sebelum ini beliau diingati pernah membaling mikrofon ketika berucap kerana terlalu marah.

"Tapi (sekarang) dengan duit, lebai pun rebah," kata Mat Sabu dengan nada geram sambil menghempas kopiah yang dipakainya ke meja.





Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

Gambar & Sokongan Teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country