Bengang tidak dilantik, Maxis persoal mengapa kerajaan pilih U-Mobile


Keputusan kerajaan minggu lalu untuk melantik U Mobile  syarikat yang berkaitan Yang di-Pertuan Agong  sebagai pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia mengundang penelitian pakar industri termasuk sebuah lagi syarikat gergasi telekomunikasi tempatan.

Itulah Maxis  yang turut memohon menjadi pengendali 5G kedua  dalam satu kenyataan kelmarin berkata ia akan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengetahui sebab ia diluluskan.

"Kami akan berhubung dengan SKMM untuk memahami rasional keputusan mereka dan kami akan mempertimbangkan pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pihak berkepentingan," katanya.

Merujuk laporan dalam Bahasa Inggeris FMT, Malaysiakini melaporkan terdapat pakar industri yang meminta kerajaan menyatakan sebab ia memilih U Mobile.

SKMM tidak menyatakan perincian apabila mengumumkan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua pada Jumaat lepas, selain daripada menyatakan ia telah menjalankan proses dengan teliti merangkumi perbincangan terperinci mengenai aspek teknikal dan komersial dalam membuat keputusan itu.

SKMM juga berkata bahawa U Mobile boleh bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih lain dalam melancarkan rangkaiannya.

Menurut rekod syarikat yang diekstrak portal berkenaan semalam, salah seorang pemegang saham syarikat telekomunikasi itu ialah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Sultan Ibrahim ialah pemegang saham kedua terbesar syarikat itu dengan 22.3 peratus kepentingan.

Pemegang saham terbesar ialah Straits Mobile Investments Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura dengan 48.3 peratus kepentingan.

Susulan pengumuman SKMM pada hari Jumaat lalu, U Mobile berkata ia akan mengurangkan pegangan saham asingnya kepada 20 peratus.

Ahli perniagaan dan pengerusi U Mobile Tan Sri Vincent Tan pula tidak lagi mempunyai kepentingan langsung dalam syarikat itu mengikut rekod walaupun syarikat lain yang terikat dengannya mempunyai saham iaitu U Telemedia Sdn Bhd (7.3 peratus) dan Berjaya Infrastructure Sdn Bhd (2 peratus).

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?