Para penganalisis sependapat dengan Najib mengenai isu Undi18

 Hari-hari terakhir seorang pendekar

Prestasi lemah PN antara sebab pelaksanaan pengundi berumur 18 tahun ke atas ditangguhkan

Takut pengundi muda yang juga pengguna media sosial aktif dan peka

DALAM hantaran di Facebook semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata para penganalisis sependapat dengan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja tangguh Undi18 sebab takut dengan pengundi muda.

Seorang penganalisis, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata kumpulan pengundi ini, terutamanya yang berusia 18 tahun, adalah pengguna media sosial aktif dan peka dengan isu-isu semasa.

“Mereka sentiasa ada maklumat baik mengenai isu-isu semasa, terutama yang mempengaruhi mereka seperti ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.”

"Lazimnya, kumpulan pengundi ini tidak akan menjadi masalah, kecuali jika kerajaan menunjukkan prestasi buruk," kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia..

“Tetapi PN, akhir-akhir ini, dilanda kontroversi seperti Perintah Darurat, tuduhan pilih kasih (dalam penguatkuasaan SOP Covid-19), pengurusan ekonomi yang buruk dan ketidakmampuan untuk menyediakan peluang lebih baik buat pengundi muda.

“Berdasarkan ini, boleh jadi PN merasa mereka tak ada kawalan terhadap mereka yang berusia 18 tahun, yang menyebabkan kelewatan dalam melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik,” Najib Razak turut memetik Dr Mazlan Ali sebagai berkata.

Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi juga percaya penangguhan itu disebabkan oleh lemahnya kerajaan PN.

“Mereka masih bergelut dengan masalah ekonomi, kehilangan pekerjaan dan syarikat ditutup akibat pelbagai perintah kawalan Covid-19. Ditambah dengan kekurangan pelaburan dan isu vaksinasi, PN tidak mahu selesaikan lebih banyak ketidakpastian.

"Jangka waktu awal pelaksanaannya (Undi18) adalah pada Julai tahun ini, dan ini bahkan dijanjikan oleh kerajaan PN, dengan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengulangi tarikh akhir Julai 2021 dalam beberapa jawapan bertulis Parlimen," kata Dr Awang Azman.

Bagaimanapun sebelum pengumuman SPR mengenai penundaan itu, kerajaan PN telah menunjukkan sikap berat, seperti presiden Dewan Negara dan pemimpin Bersatu Dr Rais Yatim dan juga ketua pemuda Bersatu Wan Ahmad Wan Fayhsal yang merupakan timbalan menteri Belia dan Sukan, kata Najib.

Ahli parlimen Pekan itu merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan The Malaysian Insight pada hari yang sama.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/307516


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. ituQQ - Agen Bandar66 Online | Sakong Online | Capsa Susun | Bandar Poker | Judi Domino99 | BandarQ | AduQ | Poker Texas Indonesia| PerangBaccarat

    Agen Judi Online Terpercaya dan Terbaik di Indonesia
    Menyediakan berbagai macam permainan Judi Kartu Online Terlengkap

    1 ID untuk 10 Game Permainan yang disediakan oleh Situs ituQQ

    * Poker Texas
    * Domino99
    * AduQ
    * Capsa Susun
    * BandarQ
    * Bandar66
    * Bandar Poker
    * Sakong
    * Perang Baccarat
    * Perang DADU

    => Bonus Cashback 0.5% (dibagikan 2x setiap Minggunya)
    => Bonus Refferal 20% (dibagikan setiap Minggunya seumur hidup)
    => Customer Service 24 Jam Nonstop
    => Tersedia Berbagai Macam Untuk Melakukan Top Up !
    => Support 7 Bank Lokal Indonesia (BCA, BNI, BRI, Mandiri, Danamon, Cimb Niaga, Permata Bank)
    => OVO, GOPAY, Deposit Melalui Pulsa XL / Telkomsel
    (TANPA POTONGAN)
    * Pusat Bantuan ituDomino
    * Tips Trik Judi Online

    LINE : ituQQ
    TELEGRAM : @ituQQ
    WHATSAPP : +855.9589.7137

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country