ARAB SAUDI DIJANGKA PANCUNG 3 ULAMAK LEPAS RAYA

Berita Politik Arab Saudi
Tiga ulamak terkenal Arab Saudi berdepan hukuman mati selepas Ramadan

Tiga ulamak Arab Saudi yang berdepan hukuman mati selepas Ramadan ini.

TIGA ulamak terkenal Arab Saudi yang didakwa atas pelbagai tuduhan "keganasan" akan dijatuhi hukuman mati selepas Ramadan, menurut dua sumber kerajaan dan waris ulamak terbabit, memetik laporan Middle East Eye.

Ketiga-tiga mereka ialah Sheikh Salman al-Odah yang terkenal dengan pandangan progresif mengenai syariah dan homoseksual, ahli akademik dan juga pengarang Awad al-Qarni, serta Ali al-Omari yang merupakan penyiar terkenal.

Dua sumber kerajaan itu mengesahkan rancangan terhadap tiga ulamak tersebut yang sedang menunggu perbicaraan ďi Mahkamah Khas di Riyadh.

Pendengaran kes ditetapkan pada 1 Mei 2019 tetapi ditangguhkan tanpa menyatakan tarikh baru.


"Mereka tidak akan menunggu untuk melaksanakan hukuman terhadap mereka sebaik sahaja hukuman mati diluluskan," kata sumber pertama.

Manakala sumber kedua pula berkata  kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk meneruskan rancangan untuk menjatuhkan hukuman itu terhadap tokoh-tokoh terkenal terbabit selepas mendapati hanya terdapat sedikit reaksi antarabangsa, terutama di peringkat kerajaan dan ketua negara.

Salman ditahan pada September 2017 kerana didakwa mempersoalkan pemerintahan beraja mutlak  di negara itu.

Beliau yang mempunyai 14 juta pengikut Twitter, pernah dipenjarakan pada 1994 hingga 1999 kerana menyokong perubahan politik.

Antara kiriman Twitter terakhir beliau adalah mengalu-alukan usaha menyelesaikan pertikaian antara Qatar dan empat negara Arab termasuk Arab Saudi.

Awad pula yang berpengaruh di media sosial dengan 2.2 juta pengikut Twitter, ditahan kerana menyokong sebarang langkah menyelesaikan permusuhan dengan Qatar.

April 2019, Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap 37 rakyatnya yang disabitkan dengan jenayah keganasan.

Mereka dihukum mati kerana mengadaptasi pemikiran pengganas dan ekstremis dan membentuk sel pengganas untuk merosakkan dan menjejaskan keselamatan, menurut media rasmi, Saudi Press Agency.



oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
●2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?