Para penganalisis sependapat dengan Najib mengenai isu Undi18
Hari-hari terakhir seorang pendekar Prestasi lemah PN antara sebab pelaksanaan pengundi berumur 18 tahun ke atas ditangguhkan Takut pengundi muda yang juga pengguna media sosial aktif dan peka DALAM hantaran di Facebook semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata para penganalisis sependapat dengan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja tangguh Undi18 sebab takut dengan pengundi muda. Seorang penganalisis, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata kumpulan pengundi ini, terutamanya yang berusia 18 tahun, adalah pengguna media sosial aktif dan peka dengan isu-isu semasa. “Mereka sentiasa ada maklumat baik mengenai isu-isu semasa, terutama yang mempengaruhi mereka seperti ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.” "Lazimnya, kumpulan pengundi ini tidak akan menjadi masalah, kecuali jika kerajaan menunjukkan prestasi buruk," kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.. “Tetapi PN, akhir-akhir ini, dilanda ko...