Kalau padi katakan padi, tidaklah keluarga Beng Hock tertampi-tampi

Media melaporkan keluarga mendiang Encik Teoh Beng Hock meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ber-tai chi dengan menunaikan janji agar pihak berkuasa menyiasat semula kes kematian pembantu politik itu.

Mereka mengingatkan dua bulan telah berlalu sejak pertemuan dengan perdana menteri pada 1 Ogos lalu.

"Perdana Menteri berjanji untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai cara membuka semula kes itu, tetapi setakat ini kami belum melihat sebarang tindakan daripada pihak polis.

"Perdana Menteri mengatakan bahawa siasatan polis juga akan mengkaji permintaan keluarga Teoh dan merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan.

"Setakat ini, kami belum melihat polis menyiasat secara menyeluruh pegawai-pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh Beng Hock berdasarkan kesimpulan Mahkamah Rayuan bahawa 'kematian Teoh Beng Hock disebabkan oleh tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau lebih individu yang tidak dikenali'," kata keluarga itu dalam satu kenyataan hari ini, seperti dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu keluarga Beng Hock turut meminta siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah Seksyen 342.

Anwar pada 1 Ogos lalu berkata kerajaan bersetuju supaya pihak polis membuka semula kertas siasatan berkait kes kematian Beng Hock dan memberi jaminan ia akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Jaminan itu diberikan selepas pertemuan dengan keluarga mendiang.

Beng Hock yang merupakan pembantu politik kepada Adun Seri Kembangan dari DAP, Ean Yong Hian Wah, meninggal dunia pada 16 Julai 2009 pada usia 30 tahun.

Mayatnya ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat sepanjang malam di tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan mendapati kematian Beng Hock disebabkan oleh satu atau beberapa individu yang tidak dikenali termasuk pegawai SPRM.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah