Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam.
Gambar ihsan Facebook Selangor Royal Office

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah Baginda.

Untuk mencintai Rasulullah SAW, Sultan Selangor bertitah bahawa umat Islam perlu mengenali keperibadian dan sirah perjuangan Rasulullah SAW.

"Mencintai Rasulullah SAW wajar dimulai dengan menjadikan baginda sebagai suri teladan dalam setiap aspek kehidupan, mengakui kebenaran yang dibawa, mengkaji kehebatan serta mengagungkan kemuliaan dan kebesaran Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah SWT.

"Mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW bukan semata-mata mengingati kelahiran baginda pada 12 Rabiul Awal sahaja, ia hendaklah disematkan di dalam jiwa dan setiap detik nadi yang berdenyut," titah Sultan Sharafuddin, seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW, khususnya dalam kehidupan seharian.

Ahmad Zahid menerusi hantaran dimuat naik di laman sosial berkata sambutan Maulidur Rasul ini bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi juga mengingatkan umat Islam untuk terus mencontohi keperibadian mulia serta memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

"Semoga semangat Maulidur Rasul ini mendorong kita semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan kemajuan, bukan hanya dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi di samping beristiqamah dalam meneladani Baginda. 

"Semoga kita dapat bersama-sama membina sebuah negara yang lebih sejahtera dan makmur. Insya-Allah," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pula mengajak umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad bagi menunjukkan rasa cinta kepada Baginda.

Beliau berkata tema sambutan tahun ini, 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' adalah manifestasi daripada inti pati ajaran Rasulullah SAW dan ia satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan hakiki dunia dan akhirat. 

"Marilah kita bersama-sama merenung sunah dan ajaran Baginda dalam usaha menjadi umat yang diredai Allah SWT. 

"Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi pelakuan dan menghayati al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, serta memperoleh syafaat Baginda di Padang Mahsyar kelak," katanya.

Sementara itu beberapa jemaah menteri lain turut mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul termasuk Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil.

Fahmi dalam hantarannya mengajak umat Islam meneladani akhlak mulia Baginda dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Turut senada, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Lembaga Sidang Pengarang, Pengurusan dan Kakitangan Permadu Malaysia ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan