Tan Sri Datuk Seri Utama Lim Kit Siang


Kit Siang dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Pulau Pinang

Di GEORGETOWN, media melaporkan hari ini tokoh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Kit Siang, 83, yang pernah mengetuai blok pembangkang Parlimen dari 1974 hingga 1999 menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Pada tahun ini seramai 142 individu bakal menerima penganugerahan darjah kebesaran manakala 1,204 lagi menerima bintang dan pingat kehormatan.

Mereka terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan tempatan dan ahli badan sukarelawan dalam empat sesi istiadat yang dijalankan bermula esok hingga Khamis ini.

Dalam pada itu, seramai 28 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin.

Turut menerima DGPN ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Rosli Taha; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azman Ibrahim dan Panglima Medan Barat Tentera Darat ke-24, Leftenan Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri.

Sementara itu, seramai 10 penerima menerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) serta 103 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Antara yang menerima DMPN ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamaed Abdul Hamid; Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Muhammad Usuf Jan Mohamed.

Penerima DSPN pula ada Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman dan Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Amarjit Singh Sarjit Singh.

Dalam pada itu seramai, 102 menerima anugerah Darjah Johan Negeri (DJN) manakala 30 bagi Bintang Cemerlang Negeri (BCN).

Pingat Gagah Perwira (PGP) dianugerahkan kepada Sarjan Mazlan Abdul Rahman yang menyelamatkan dua mangsa yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari lalu.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran