Pandangan Suhakam boleh disalah tafsir sebagai penggalak jenayah membunuh orang

Suhakam jangan cakap tak serupa bikin

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpandangan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam pesalah berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, menandakan detik yang suram dan menyedihkan untuk cabang kehakiman negara.

Merujuk satu kenyataan hari ini, media memetik Suhakam sebagai berkata ia percaya bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.

Kata Suhakam lagi, hukuman mati merupakan bentuk hukuman yang tidak boleh dipulihkan, dan tidak membenarkan sebarang kemungkinan untuk rehabilitasi sekiranya terdapat penghakiman yang salah.  

“Ia juga berlawanan dengan pergerakan global ke arah penghapusan hukuman kapital, yang ketika ini banyak negara melihat ia sebagai tidak berperikemanusiaan, dan bercanggah dengan hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu lagi.  

Suhakam berkata, walaupun ia berkongsi kesedihan ahli keluarga mangsa, dan mengakui tahap keterukan jenayah yang telah dilakukan, namun pihaknya tegas menentang bentuk hukuman tersebut. 

Menurut badan pejuang hak asasi manusia itu, dalam konteks tersebut, amat penting untuk menitikberat keperluan rehabilitasi, yang mampu menukar penjenayah menjadi ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan konstruktif. 

Pendekatan tersebut, jelasnya lagi, bukan sahaja akan menangani punca permasalahan sikap yang ganas, tetapi dapat mencegah kebarangkalian berulangnya tragedi seperti kes tersebut, dengan cara mempromosi pemahaman, empati, serta tanggungjawab sosial di kalangan pesalah. 

“Kami akan terus komited terhadap mandat hak asasi manusia, dan akan terus menggalakkan pemansuhan hukuman mati. 

“Suhakam menyeru Kerajaan Malaysia untuk melihat semula penggunaan hukuman mati, dan terus berusaha mewujudkan sistem keadilan yang adil, dan berunsurkan perikemanusiaan untuk semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut, Suhakam tidak menjelaskan secara bertanggungjawab sejauh mana keberkesanan jenayah membunuh orang dapat dikurang, serta apakah jaminan keselamatan kepada orang awam.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran