Merancakkan aktiviti di masjid antara alasan Rohani, 78, kahwin Yusup, 77, diucapkan Selamat Pengantin Baharu
Ani
Yusup
Selain tidak boleh melawan takdir, tidak berseorangan lagi ke masjid menjadi faktor pendorong kepada wanita ini untuk menerima lamaran dari seorang lelaki.
Selepas 42 tahun bergelar ibu tunggal, Puan Rohani Mohd Kassim akhirnya terbuka hati untuk bergelar isteri kepada Tuan Yusup Embi selepas sebulan perkenalan, demikian Astro Awani melaporkan semalam.
Wanita berusia 78 tahun ini tidak menyangka akan bertemu jodoh semula pada usia begini.
“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula. Lama bersendiri membesarkan lapan anak.
Sekali pandang terus jatuh cinta
“Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan. Pada awalnya saya belum mahu lagi, tetapi siapa kita untuk menolak ketetapan Ilahi. Alhamdulillah akhirnya hari ini kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya ketika ditemui wartawan dari portal berkenaan.
Tambah Rohani, dia yang aktif beraktiviti di masjid berhampiran kediamannya di Cheras bersyukur kerana selepas ini memiliki teman untuk ke masjid bersama.
“Perjuangan kami sama. Mahu banyakkan beribadah pada hujung usia di masjid. Kalau sebelum ini ke masjid atau surau seorang, lepas ni dah ada teman.
“Faktor ini menguatkan lagi kenapa saya memilih dia sebagai suami. Doakan kami bahagia sampai ke Syurga. Insya-Allah,” katanya.
Rohani memiliki lapan orang cahaya mata, 46 cucu dan 15 cicit hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham Encik Hamid Lomak.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment