Benarkah satay sudah menjadi makanan wajib di Aidilfitri?

Orang kata Hari Raya Aidilfitri disambut sebulan, di sepanjang bulan Syawal yang mulia.

Bercakap tentang juadah Hari Raya Aidilfitri, selalunya kita sering mendengar dan melihat ketupat, nasi himpit, lemang dan sebagainya sebagai hidangan utama.

Ini diikuti rendang daging atau ayam, kuah kari, kuah kacang dan macam-macam lagi.

Di Johor, misalnya, lontong iaitu masak lemak sayur lodeh di makan dengan nasi himpit, dicampur kuah kacang beserta rendang daging atau ayam tersangatlah popular dan sedap. Malah, sudah menjadi tradisi orang Melayu di Johor menyediakan makanan tersebut.

Ada satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya iaitu satay. Bahkan, di sesetengah tempat, ia sudah menjadi makanan wajib di Hari Raya Aidilfitri.

Memasak dan menyediakan satay agak rumit berbanding masakan lain. Kos menyediakan satay tidaklah semahal mana. Tetapi kerja mencucuk satay adalah sebahagian dari kerumitan.

Untuk membeli satay, kos agak tinggi. Di tahun 70an harga secucuk satay hanya 10 sen. Kemudian 80an dan 90an menyaksikan harga satay naik kepada 25 sen secucuk. Sekarang harga satay daging atau ayam sudah mencecah RM1.20 secucuk. Barang makin mahal kerana nilai duit semakin rendah.

Ada sebuah kisah lebih dua tahun lalu di musim PKP ketika dunia dan Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Kisahnya agak menyedihkan.

Di Hari Raya Aidilfitri, seorang YB Exco Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu menerima panggilan telefon bimbit dari seorang wanita berstatus ibu tunggal kematian suami yang menangis, memberitahu YB anaknya ingin makan satay di Hari Raya yang mulia. Orang lain makan satay anaknya tak dapat makan satay.

Maka YB yang prihatin itu tanpa melengahkan masa, membakar sendiri satay, membungkus satay dan seterusnya menghantar sendiri satay, kuih Raya dan duit Raya ke rumah wanita itu.

Apa terjadi seterusnya? Sama-sama kita tonton video ini untuk mengetahui kesudahannya...

Tonton video 📸 :

Demikianlah kisah satay, yang seakan-akan sudah menjadi makanan wajib di setiap Hari Raya Aidilfitri.

Apa pandangan anda? 



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri