Tunggu... Anwar buat suspens
Agensi berita rasmi negara yang dikawal kerajaan melaporkan sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.
Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut namun poster yang bertulis ‘AKAN DATANG’ dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya itu pantas mendapat perhatian netizen, kata Bernama.
“Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” tertera dalam poster berkenaan.
Anwar berkongsi poster tersebut dengan kapsyen “Nantikan...”.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment