Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim
Selamat menyertai Kelab Agamawan Problematik
Nampaknya seorang lagi tokoh agamawan, pendakwah, penceramah motivasi keagamaan dan ilmuwan agama kelihatan terjebak di arena kontroversi berkaitan perlanggaran undang-undang negara yang serius. Jika sabit kesalahan, membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara.
Bagaimanapun, ini baru di peringkat siasatan. Oleh itu, ikutilah perkembangannya tanpa prejudis.
Itulah Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar, atas), bekas menteri dari Barisan Nasional, pernah menjadi ahli Parlimen Baling, Kedah.
Kepopularan Mashitah bermula di era 80an apabila sering muncul menjadi panel penceramah agama dalam rancangan TV Forum Perdana terbitan RTM serta lain-lain program ketika itu.
Kegemilangan Mashitah berada di puncak selepas dilamar kerajaan memerintah, seterusnya bertanding di pilihan raya, menang menjadi ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri.
Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Dr. Mashitah Ibrahim yang disyaki dan didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu.
“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” akhbar Utusan Malaysia memetik Saifuddin Nasution sebagai berkata selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang, di Kuala Nerus, Terengganu, semalam.
Sementara itu, beliau menjelaskan, jenayah rentas sempadan di negara-negara Asean termasuk Malaysia dikesan berada pada tahap membimbangkan.
Menurut Saifuddin Nasution, negara-negara Asean secara dasarnya bersetuju mengambil langkah proaktif mengatasi isu berkenaan ketika Persidangan Menteri-Menteri Asean di Laos, empat hari lalu.
Antaranya dengan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dan meningkatkan keupayaan pasukan penguatkuasaan di setiap negara masing-masing.
“Ketika di Laos, semua negara mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia dan kita (Malaysia) setuju dengan pandangan itu.
“Semua negara juga bersetuju beberapa perkara terutama berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa.
“Dalam masa sama pihak berkuasa Malaysia akan terus memperhebatkan usaha bagi membendung masyarakat terlibat dengan sindiket ini,” ujar beliau.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment