Keluarga Noorizwan mohon pertemuan segera dengan Peguam Negara
Kematian Noorizwan Zulkefly mencetuskan kemarahan disebabkan kelewatan membawa pertuduhan (kiri). Sebelum ini, dua kes lain melibatkan polis melibatkan serangan terhadap pemandu Grab, Ong Ing Keong pada 2024 (kanan atas) dan insiden polis menembak mati tiga lelaki tidak bersenjata pada 2025. Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly, lelaki berusia 42 tahun yang kematiannya dalam tahanan polis Cheras bulan lalu mencetuskan kemarahan awam, kini memohon pertemuan segera dengan Peguam Negara sambil melahirkan kebimbangan mengenai hala tuju siasatan polis meskipun selepas pendedahan mengenai kecederaan teruk yang dialaminya. Dalam surat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, peguam Cik Latheefa Koya mengingatkan bahawa tiada pegawai polis ditangkap atau didakwa sejak kematian Noorizwan lebih sebulan setengah lalu. “Anak guam kami amat bimbang mengenai arah tuju penyiasatan polis atas perkara ini dan kami percaya bahawa pihak kamar mempunyai tanggungjawab dan kuasa pengawasan atas ...