Posts

Showing posts from October, 2020

VAJIRALONGKORN RAJA TERKAYA DI DUNIA

Image
Kekayaan Raja Thailand timbulkan kemarahan rakyat di negara itu Raja Thailand dan permaisuri MENURUT laporan   CEOWorld Magazine , raja terkaya di dunia pada masa ini ialah raja Thailand, Raja  Maha Vajiralongkorn . Laporan itu menyatakan kekayaan peribadi baginda dianggarkan antara   US$30 bilion (RM125 bilion)  hingga  US$43 bilion (RM179 bilion) . Raja Maha Vajiralongkorn, raja Thailand Sebagai perbandingan, Sultan Hasanal Bolkiah , raja negara Brunei, memiliki kekayaan peribadi bernilai  US$28 bilion (RM116 bilion). Suatu ketika dahulu, terutama pada tahun-tahun 70an dan 80an, Sultan di sebuah negara kecil yang dilimpahi hasil minyak itu pernah dinilai sebagai orang paling kaya di dunia. Sultan Hasanal Bolkiah, raja Brunei Raja di sebuah lagi negara kaya hasil minyak iaitu Arab Saudi,  Raja Salman Abdulaziz Al Saud , memiliki kekayaan sebanyak US$18 bilion (RM75 bilion). Financial Times   melaporkan kekayaan Vajiralongkorn diperolehi dari warisan selepas menaiki takhta pada bulan

SELAIN MAHATHIR, ANWAR DAN KU LI JUGA LAYAK JADI PM9, KATA PENGANALISIS SINGAPURA

Image
Kemungkinan wujudnya kerajaan perpaduan Malaysia November ini Oh Ei Sun,  penganalisis politik dari Singapura DALAM satu perbualan dengan FMT , seorang penganalisis berpendapat pembentukan kerajaan perpaduan adalah satu cara untuk menstabilkan pemerintahan dalam sesebuah negara seperti Malaysia. Isu ini menarik perhatian ramai susulan spekulasi bertiup kencang bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan sedang menyusun strategi untuk mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan. Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (Singapore Institute of International Affairs) berkata satu lagi pilihan ialah perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Jika Muhyiddin terus berperang mempertahankan kedudukan dan kuasa, ia hanya akan memanjangkan ketidakstabilan politik.  Bagaimanapun, Oh memberi amaran kaedah dan struktur kerajaan perpaduan tidak seharusnya menyerupai seperti apa yang dicadangkan Dr Mahathir Februari lalu.  " Mahathir mencadan

PEGUAM SAMAN MENGENAI AGONG TAK IKUT NASIHAT MUHYIDDIN

Image
Pakar perundangan dan perlembagaan berbeza pendapat mengenai keabsahan penolakan nasihat perdana menteri SEORANG peguam mengambil tindakan mahkamah atas sebab Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah membuat keputusan tidak mengikut nasihat dan permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat. Plaintif Syed Iskandar Syed Jaafar , melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan saman di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.  Kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai defenden tunggal dalam tindakan undang-undang ini. oleh  Fauzi Kadir    untuk  Permadu Malaysia ● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau  permadu@gmail.com Penasihat dan Perunding Editorial Zafiyah Hussain Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page  Permadu Station Au

MAHATHIR PM9, TENGKU RAZALEIGH TIMBALAN?

Image
  Mahathir di belakang drama politik Malaysia? Walaupun populariti Mahathir sedang merudum, kepintaran beliau sebagai pakar strategi tidak boleh dipandang rendah SESUATU di luar dugaan para penganalisis politik mungkin berlaku di sidang parlimen November ini. Majoriti mencukupi menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Sebagai balasan, Dr Mahathir akan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai timbalannya sebelum dinobatkan sebagai PM10. Perdana Menteri dua kali itu dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan, demikian menurut laporan Malaysiakini berdasarkan makluman dari sumber yang rapat dengan Dr Mahathir. Sumber itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad pada hari Selasa, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam. "Perbincangannya adalah untuk memben

SELAMAT MEMPERINGATI HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR

Image
Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam. Bernama melaporkan berdasarkan ucapan yang dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini. “Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita. “Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak," menurut hantaran tersebut. Permadu Malaysia mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut dan

GOVERNMENT APPROVES TO GUARANTEE FELDA's ISSUANCE OF SUKUK WORTH RM9.9b

Image
  Felda to terminate land lease agreement with FGV The Cabinet has received a proposal from the Federal Land Development Authority (Felda) to increase its core income from plantation lands by terminating its land lease agreement (LLA) with FGV, reported FMT . Among the other proposals meant to bring Felda back in the black by 2023 include restructuring the state-owned palm oil agency’s debts and increasing the independence of settlers, Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Mustapa Mohamed said in a statement yesterday. The three recommendations were based on the findings of a special task force led by Bursa Malaysia chairman Abdul Wahid Omar which were presented during a Cabinet meeting on 14 October 2020. Mustapa also said the Cabinet has approved Felda’s proposal to issue government-guaranteed sukuk worth RM9.9 billion to finance its restructuring plans. Felda's debt currently RM10.6 billion Felda’s debt currently amounts to RM10.6 billion, which was incurred to