SELAIN MAHATHIR, ANWAR DAN KU LI JUGA LAYAK JADI PM9, KATA PENGANALISIS SINGAPURA

Kemungkinan wujudnya kerajaan perpaduan Malaysia November ini
Oh Ei Sun, 
penganalisis politik dari Singapura

DALAM satu perbualan dengan FMT, seorang penganalisis berpendapat pembentukan kerajaan perpaduan adalah satu cara untuk menstabilkan pemerintahan dalam sesebuah negara seperti Malaysia.

Isu ini menarik perhatian ramai susulan spekulasi bertiup kencang bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan sedang menyusun strategi untuk mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (Singapore Institute of International Affairs) berkata satu lagi pilihan ialah perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Jika Muhyiddin terus berperang mempertahankan kedudukan dan kuasa, ia hanya akan memanjangkan ketidakstabilan politik. 

Bagaimanapun, Oh memberi amaran kaedah dan struktur kerajaan perpaduan tidak seharusnya menyerupai seperti apa yang dicadangkan Dr Mahathir Februari lalu. 

"Mahathir mencadangkan pemerintahan di mana semua ahli bertanggungjawab dan melapor kepadanya dan bukan kepada parti politik yang diwakili masing-masing," ujarnya. "Saya fikir itu sangat merbahaya kerana ia menjurus untuk cenderung ke arah kediktatoran." 

Katanya lagi, memiliki Dr Mahathir sebagai pemimpin negara akan lebih menjamin, sambil Oh menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang mampu mengawal keadaan dengan rekod kepimpinan yang sudah terbukti. 

Sungguhpun demikian, penganalisis politik itu menambah bahawa Dr Mahathir bukanlah satu-satunya tokoh berwibawa untuk memimpin kerajaan perpaduan Malaysia. Oh menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai calon yang juga mampu menggalas tanggungjawab ini. 

Katanya, tiga tokoh ini boleh diterima rakyat dengan baik pada hampir keseluruhannya tetapi mungkin tidak begitu diterima baik oleh sesetengah golongan politikus

"Rakyat menyukai pemimpin seperti Dr Mahathir dan Anwar, tetapi para ahli politik tidak menyukai mereka, mungkin disebabkan mereka terlalu bijak atau terlalu berwibawa. 

"Kita boleh baca golongan politikus tidak mahu orang-orang berkalibar kerana giliran mereka untuk menjadi pemimpin (perdana menteri) tidak akan tiba."


oleh Fauzi Kadir  untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!