Krisis di Negeri Sembilan semakin kronik
Media melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim sebagai berkata semua exco kerajaan Negeri Sembilan sedia ada adalah sah dan akan menjalankan tugas masing-masing seperti biasa. Ini meskipun semalam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan mereka berkuat kuasa serta-merta. Ismail berkata tidak ada keperluan mengemukakan senarai exco yang baru untuk pertimbangan dan perkenan seperti yang dititahkan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Tidak ada keperluan mengemukakan senarai exco yang baharu kerana exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa. "Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan demi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat sentiasa dipelihara berlandaskan lunas undang-undang yang sah," portal berita Malaysiakini memetik Ismail sebagai berkata dalam satu kenyataan hari ini. Ismail ...