Posts

Showing posts from May, 2021

Bantuan tunai RM500 untuk isi rumah pendapatan bawah RM2,500

Image
  Muhyiddin Tan Sri Muhyiddin Yassin  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Muhyiddin mengumumkan isi rumah pendapatan bawah RM2,500 akan menerima bantuan RM500 pada hujung Jun nanti. Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 - RM5,000 pula akan terima bantuan RM300 manakala golongan bujang akan menerima RM100. Dalam pada itu, seramai 2 juta belia, penuntut IPT pula layak mendapat kredit RM150 menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka esok. Bantuan khas one-off RM500 akan diberikan kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing. Dibawa kepada anda oleh   Fauzi Kadir  untuk   Permadu Malaysia ● 2021 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau   permadu@gmail.com Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page   Permadu Station Audi

Menteri campur tangan, kata bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia

Image
  Ahli Parlimen Jerantut rela disiasat SPRM Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali campur tangan dalam LGM Properties Corporation (LGMPC). FMT melaporkan bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) , Ahmad Nazlan Idris menafikan dakwaan beliau terlibat dalam skandal tanah membabitkan perbadanan milik LGM iaitu, LGM Properties Corporation (LGMPC) . Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, ketika memegang jawatan sebagai pengerusi, Lembaga Pengarah LGM mengambil berat isu kegagalan urus tadbir LGMPC iaitu perbadanan milik LGM menyebabkan tiga jawatankuasa ditubuhkan selain tindakan serta langkah penambahbaikan turut dilaksanakan LGM. “Namun menteri (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ) telah campur tangan dan membiarkan LGMPC (berjalan seperti biasa). “Dalam isu sewaan tanah sebanyak 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju lima tahun campur 10 tahun namun menteri

1,290 terkorban dalam sebulan – Walaupun tinggi, sekurang-kurangnya ada nampak penurunan

Image
6,824 kes baharu, 67 kematian dalam tempoh 24 jam hari ini BERDASARKAN makluman dari Kementerian  Kesihatan (KKM), FMT melaporkan 6,824 kes baharu Covid-19 dan 67 kematian, manakala 5,251 pesakit pulih. Ini menjadikan keseluruhan 490,038 daripada 572,357 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,796 orang meninggal dunia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 79,523 kes aktif, dengan 422 daripada 851 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan. Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,111 kes. Kelantan melaporkan 695 kes, diikuti Sarawak (654), Johor (489), Kedah (464), Kuala Lumpur (387), Melaka (352), Pulau Pinang (328), Perak (255), Negeri Sembilan (253), Pahang (219), Sabah (207), Terengganu (204), Labuan (166), Putrajaya (28), dan Perlis (12). Daripada jumlah kes baharu itu, tiga ialah kes import dan 6,821 penularan tempatan. Tonton video 📸 terbitan FMT. : Dibawa kepada anda oleh   Fauzi Kadir  untuk   Perm

PM atau Menteri Kewangan harus beri penjelasan tanpa selindung

Image
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini mencabar kerajaan mengambil tindakan ke atasnya jika fakta yang didedahkannya mengenai penjualan aset dan pinjaman oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah palsu. Beliau dilaporkan oleh media massa sebagai mendakwa bahawa tahun ini sahaja – baru lima bulan – kerajaan telah meminjam dan menjual harta awam berjumlah RM115.53 bilion. Katanya, beliau sanggup disiasat di bawah Ordinan Darurat mengenai berita palsu dan sanggup membayar denda RM100,000 jika senarai pinjaman serta penjualan aset negara itu tidak benar. Beliau membuat dakwaan itu melalui Facebook . Beliau mendakwa, jumlah itu adalah dana tambahan kepada hasil biasa yang kerajaan pungut. Dakwaan Najib itu sangat menarik dan relevan kerana tiada proses semak-imbang yang terbuka sejak penggantungan Parlimen akibat pengisytiharan darurat berkuat kuasa 11 Januari lalu. Dalam tindak balasnya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan ber