Posts

Showing posts from July, 2023

Pencerahan dakwaan manipulasi titah Sultan Perak sokong PAS melalui siasatan PDRM

Image
SULTAN PERAK DILAPORKAN TIDAK MEMIHAK Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 20 laporan berhubung penularan video membabitkan petikan sebahagian kecil titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dikhuatiri dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan meraih sokongan politik. Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua laporan diterima pihaknya sejak semalam selepas video terbabit tular baru-baru ini. "Kita sahkan sehingga kini ada 20 laporan polis diterima di Perak terhadap seorang wanita dan laporan polis yang pertama terkait dengan kes ini dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. "Siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini. Baru-baru ini, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat seorang wanita dipercayai pimpinan Muslimat PAS Melaka memetik di luar konteks sebahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti PAS. Sem

Menteri kontroversi disiasat pihak berkuasa agama Islam Selangor

Image
Fahmi Fadzil berucap di dalam masjid di Kuang, Selangor. Ketua penerangan PKR itu berkata beliau dijemput oleh masjid untuk menjelaskan insiden 'bercium pasangan gay' semasa konsert di Sepang pada 20 Julai. (Gambar dan penerangan dipetik dari MalaysiaNow siaran hari ini) Media tempatan hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan siasatan selepas menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial berkenaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang, semalam. Menurut FMT , Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. “Jais menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan. Shahzihan mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya berhati-hati k

Penyokong Bossku rasa tertipu dengan Zahid Hamidi

Image
Belum ada bukti Najib sokong Madani atau PN Portal berita tempatan Malaysiakini melaporkan sebuah persatuan yang mendakwa menyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertegas akan tetap menyokong Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya enam negeri hujung minggu depan. Bercakap kepada portal itu,  Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz,  memberitahu penyokong Najib tidak akan sesekali mengubah pendirian tersebut. "PRN ini jelas kami penyokong Bossku akan menyokong PN. “Tiada siapa boleh ubah pendirian kami kerana kami tidak dibiayai oleh sesiapa mahupun Najib kerana perjuangan kami ikhlas kepadanya. "Penyokong Bossku menegaskan tidak menunggang nama Najib tetapi mereka telah merasakan tertipu dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi," katanya. Dia juga menyoal kenapa kumpulan itu tidak digelar “menunggang” nama Najib, semasa membuat laporan SPRM dan polis untuk menuntut “keadilan” buat Najib.

Ini rasuah tak?

Image
BERSAMA KE SYURGA  ! Kreativiti PAS berkempen memang sukar ditandingi. Tengok sahaja gambar ini.. Kalau betul confirmed masuk syurga, mengapa tidak. End © Permadu Oleh Fauzi Kadir Konsep/Teknik Persembahan/Teks dibantu oleh Rahayu Mansor Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir   KETUA PENGARANG © 2023 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara E-mel:  permadu@gmail.com DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Sinar Harian bertanya dan jawab: Rasuah atau Tidak?

Image
Merujuk kepada pandangan seorang pakar yang juga penganalisis politik, akhbar berpengaruh Sinar Harian  kelihatan menyimpulkan bahawa pengumuman bantuan kepada rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan satu kesalahan berdasarkan kerangka perundangan sedia ada. Penganalisis politik, Dr G Manimaran ( gambar, atas ) berkata, kedua-dua pemimpin tersebut tidak berkempen untuk calon, sebaliknya mengumumkan projek dan dasar atas kapasiti umum mereka sebagai anggota pentadbiran kerajaan pusat. Katanya, lagipun projek dan pemberian bayaran khas yang diumumkan itu tidak mengatakan bahawa ia bagi tujuan mendapatkan sokongan undi di enam pilihan raya negeri (PRN). “Satu lagi ialah perlu ada maksud pemberian bantuan iaitu memberikan wang, projek dan sebagainya bagi tujuan memancing undi. “Sebagai contoh, jika seseorang itu mengatakan bahawa dia akan memberikan sesuatu dengan alasan akan diberikan undi atau