Penyokong Bossku rasa tertipu dengan Zahid Hamidi

Belum ada bukti Najib sokong Madani atau PN

Portal berita tempatan Malaysiakini melaporkan sebuah persatuan yang mendakwa menyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertegas akan tetap menyokong Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya enam negeri hujung minggu depan.

Bercakap kepada portal itu, Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz,  memberitahu penyokong Najib tidak akan sesekali mengubah pendirian tersebut.

"PRN ini jelas kami penyokong Bossku akan menyokong PN. “Tiada siapa boleh ubah pendirian kami kerana kami tidak dibiayai oleh sesiapa mahupun Najib kerana perjuangan kami ikhlas kepadanya.

"Penyokong Bossku menegaskan tidak menunggang nama Najib tetapi mereka telah merasakan tertipu dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Dia juga menyoal kenapa kumpulan itu tidak digelar “menunggang” nama Najib, semasa membuat laporan SPRM dan polis untuk menuntut “keadilan” buat Najib.

Memang ada jumpa Najib, tapi tak payah heboh macam Zahid Hamidi

"Takkan saya ingin beritahu saya berjumpa Najib seperti mana Zahid Hamidi umumkan. 

"Biarlah ia kekal sulit tetapi mesej sampai dengan jelas pada Najib di mana penyokong Bossku akan bersama PN dan tidak melibatkan mana-mana individu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anak Najib, Nooryana Najwa bahawa ayahnya tidak pernah meminta penyokongnya mengundi PN.

Nooryana juga berkata Syed Imran dan bekas pemimpin Pemuda UMNO Wan Azri Wan Deris atau Papagomo tidak mewakili bapanya mahupun penyokong Najib.

Tambahnya, pendirian Najib hanya akan disampaikan di laman sosial rasminya melalui mesej daripada peguamnya.

Syed Muhammad bagaimanapun menyoal “di mana Najib ada menyatakan perlu sokong Kerajaan Perpaduan”?

Zahid nampak pengecut, nak lepas sesak sendiri sahaja

Khamis lalu, Syed berkata dalam perjumpaan "penyokong" Najib, mereka kecewa dengan Zahid yang dianggap pengecut  dan tiada keinginan untuk mencari keadilan buat Najib.

Syed dijangka mengadakan satu lagi acara malam ini bersama Papagomo.

Najib kini berada di Penjara Kajang, menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah