Selagi Zahid dan Mohamad Hasan terajui UMNO...
Zon Kuning UMNO-BN 1. Saya tidak hairan apabila Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dasuki, nampak begitu gembira apabila, menurut perkiraan beliau, ramai memohon untuk menyertai parti itu. 2. Ini adalah kerana, bermula Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah hilang sokongan yang teruk dan berterusan. Berjuta-juta pengundi meninggalkannya. 3. Jadi, tidaklah menghairankan kalau Asyraf Wajdi kegembiraan mendapati 3,716 ahli baharu direkodkan dalam masa tidak sampai 24 jam. 4. Tetapi, 3,716 ahli baru, malah 100,000 sekali pun, belum memadai untuk mengembalikan kegemilangan UMNO dan BN. 5. Sebaliknya, Asyraf Wajdi perlu bimbang mengenai hala tuju UMNO -BN yang terus berkecamuk seperti dipamerkan oleh tindak-tanduk ADUNnya di Negeri Sembilan sekarang. Umpama kapal yang nakhodanya mabuk candu. 6. Prestasi pilihan raya UMNO -BN sejak PRU 2008 terus menurun. Dalam PRU 2004, yang mengundi BN 63.82 peratus. Pada PRU 2008 jatuh k...